Nasihat Perjalanan: Nikmati perjalanan yang lancar sepanjang musim cuti bersama AirAsia

SEPANG, 18 Disember 2025 – Musim cuti sekolah dan perjalanan puncak sehingga awal bulan Februari, AirAsia menasihatkan para semua tetamu untuk mematuhi garis panduan perjalanan berikut bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selesa.

  • Daftar masuk secara kendiri melalui aplikasi AirAsia MOVE yang tersedia seawal 14 hari hingga satu (1) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.Tetamu boleh mendaftar masuk sendiri dan menerima boarding pass elektronik mereka.

Sila ambil maklum

  • Muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery bagi mendapatkan informasi terkini mengenai tempahan penerbangan termasuk kemaskini penerbangan melalui pautan ‘Flight Status’ pada aplikasi tersebut.

  • Perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter hanya tersedia untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang melakukan perjalanan bersama bayi (di bawah umur 24 bulan), tetamu yang hamil, warga emas dan remaja yang melakukan perjalanan sendirian.

  • Tetamu yang hamil hendaklah mengisi borang di kaunter sebelum menaiki pesawat. Tetamu yang hamil lebih dari 27 minggu dikehendaki untuk mengemukakan sijil perakuan sah oleh doktor kesihatan.

  • Para tetamu kurang upaya boleh membuat pra-tempahan Bantuan Khas (Perkhidmatan Kerusi Roda) semasa membuat tempahan penerbangan atau melalui pautan  ‘My Booking’ pada aplikasi AirAsia MOVE sekurang-kurangnya empat (4) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

  • Bagi penerbangan antarabangsa, para tetamu hendaklah memenuhi keperluan perjalanan seperti visa dan transit ke setiap negara yang bakal dituju. Keperluan ini mungkin berubah dari semasa ke semasa dan para tetamu dinasihatkan untuk menyemak keperluan terkini dengan pihak kedutaan atau konsulat masing-masing.

  • Aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com kini membolehkan anda memuat naik atau mengambil gambar Visa anda dan menerima Pas Masuk lengkap, menjadikan proses menaiki pesawat lebih lancar dan mudah tanpa perlu beratur panjang.

  • Ciri Pengesahan Visa Automatik (AVC) memudahkan lagi proses daftar masuk dalam talian untuk penerbangan antarabangsa. Bagi destinasi yang memerlukan visa atau Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), para tetamu kini boleh mengesahkan dokumen semasa daftar masuk dalam talian, dari 14 hari sebelum sehingga satu (1) jam sebelum waktu berlepas. Hanya daftar masuk melalui aplikasi AirAsia MOVE atau airasia.com, imbas pelekat visa dalam pasport anda atau muat naik e-visa apabila diminta, dan setelah disahkan, e-boarding pass anda akan dikeluarkan serta-merta. Sekiranya pengesahan tidak berjaya, anda boleh terus ke kaunter daftar masuk di lapangan terbang untuk semakan dokumen manual yang cepat.

  • Tiba awal di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua (2) jam lebih awal bagi penerbangan domestik dan tiga (3) jam bagi penerbangan antarabangsa untuk melalui proses perjalanan semasa tempoh perjalanan puncak ini. Kaunter daftar masuk akan ditutup satu (1) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) dan 45 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan bagi penerbangan domestik di lapangan terbang lain di seluruh Malaysia.

  • Muat turun aplikasi MyBorderPass dari Google Play Store atau Apple App Store untuk perjalanan yang lebih lancar. Pemegang pasport Malaysia boleh menikmati kelulusan imigresen yang lebih pantas di KLIA Terminal 2 (KLIA2) melalui lorong khas kod QR dan pengesahan wajah. Ikuti arahan dalam aplikasi untuk mengimbas halaman maklumat pasport dan mengambil swafoto bagi tujuan pengesahan wajah.

  • Guna pas masuk elektronik pada aplikasi AirAsia MOVE untuk menaiki pesawat tanpa perlu mencetak pas masuk fizikal. Pas masuk elektronik ini diterima di kebanyakan lapangan terbang di seluruh dunia, termasuk semua lapangan terbang di Malaysia di mana AirAsia beroperasi. Bagi beberapa lapangan terbang yang lain, para penumpang masih perlu mencetak pas masuk di kaunter lapangan terbang untuk tujuan pengesahan.

  • Guna kiosk tanpa sentuh di lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi dan daftar masuk bagasi kendiri. Setelah mendaftar masuk secara kendiri, imbas kod QR pada pas masuk elektronik di kiosk lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi dan terus ke kaunter penurunan bagasi kendiri untuk mendaftar masuk bagasi tersebut. Para tetamu juga boleh menempah elaun bagasi sehingga empat (4) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan melalui aplikasi AirAsia MOVE.

  • Pastikan bagasi kabin adalah saiz yang betul. Setiap tetamu hanya dibenarkan satu beg kabin (tidak lebih daripada saiz 56 x 36 x 23cm) dan/atau satu beg laptop ATAU beg tangan ATAU beg kecil di atas pesawat. Jumlah keseluruhan berat yang dibenarkan untuk kedua-dua bagasi kabin harus tidak melebihi 7kg