OURSHOP 8.8 Infinite Sale tawar jualan hebat
Kuala Lumpur, 6 Ogos 2020 - Berikutan kejayaan jualan 7.7 baru-baru ini, OURSHOP, platform e-dagang oleh syarikat logistik AirAsia, Teleport telah kini menawarkan jualan hebat 8.8 Infinite Sale.
Jualan 8.8 Infinite Sale ini boleh diakses lebih awal untuk Ahli BIG pada 7 Ogos 2020, diikuti oleh jualan rasmi pada 8 Ogos 2020, dan jualan selepas pelancaran untuk 7 hari berikutnya sehingga 16 Ogos 2020.
Nikmati diskaun hingga 80%* untuk pembelian di OURSHOP semasa jualan 8.8 Infinite Sale dan bayaran penghantaran tetap hanya RM10 bagi setiap penjual. Pelanggan di kawasan Lembah Klang akan menerima penghantaran mereka pada keesokan hari, manakala yang berada di Sabah dan Sarawak akan mengambil masa tiga hari.
“Selepas kempen 7.7, kami melihat jualan semakin meningkat dan kami ingin menyediakan tawaran yang lebih menarik dan lebih banyak diskaun untuk para pelanggan kami. Jualan 8.8 Infinite Sale ini juga memberi peluang kepada kami untuk terus membantu perniagaan tempatan dengan memberikan diskaun dan tawaran menarik bagi jenama-jenama tempatan untuk para pelanggan melalui OURSHOP”, kata Grace Chin, Ketua Pemasaran Teleport.
Antara tawaran yang disediakan termasuklah hasil segar atau beku, produk makanan dan minuman oleh peniaga tempatan seperti mentega kacang buatan tempatan, kopi atau mi segera, dan banyak lagi di OURSHOP.
Selain itu, Ahli BIG akan menerima diskaun automatik sebanyak 38% (selepas log masuk) hanya pada 7 Ogos 2020 bermula 8 malam sehingga 11.59 malam.
Bermula 8 Ogos 2020, para pelanggan dapat menikmati:
Diskaun RM 8, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 58; kod promosi: OURSHOP8
Diskaun RM 18, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 88; kod promosi: OURSHOP18
Diskaun RM 28, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 128; kod promosi:OURSHOP28
Nikmati juga Jualan PowerHour oleh OURSHOP pada 8 Ogos 2020 bermula 12 tengah hari sehingga 2 petang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan OURSHOP 8.8 Infinite Sale, sila layari www.ourshop.com.
*Tertakluk pada terma dan syarat
***
Mengenai OURSHOP
OURSHOP adalah pasaran e-dagang, milik AirAsia untuk memacu pertumbuhan produk tempatan dengan membangunkan perniagaan tradisional kecil dan sederhana untuk bersedia menembusi pasaran e-dagang. Di samping itu, pembeli juga boleh menerima BIG poin dengan setiap pembelian dibuat, dan juga menebus BIG poin untuk membayar perbelanjaan mereka.
Mengenai Teleport
Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari penuh milik Kumpulan AirAsia Berhad, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lanjut, layari teleport.asia atau laman sosial media di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.