Sambutan berganda buat AirAsia sempena penyambungan semula penerbangan antarabangsa dari Singapura ke Kuching dan Miri
(Keterangan Gambar: Para penumpang penerbangan AK 1776 AirAsia dari Singapura disambut dengan meriah semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.)
KUCHING, 29 April 2022 - AirAsia meraikan dua penerbangan antarabangsa sulung hari ini ke Sarawak selepas dua tahun mengalami sekatan perjalanan berikutan pandemik.
Menteri Pelancongan, Seni Kreatif dan Persembahan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengetuai rombongan acara sambutan itu dengan mengalu-alukan ketibaan pesawat dengan muatan penuh seramai 180 penumpang dalam penerbangan AK 1776 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang tiba pada 3.55 petang hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak Sharzede Salleh Askor.
Awal hari ini di Miri, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato’ Sri Lee Kim Shin menyambut penumpang pesawat AK1758 yang mendarat di Lapangan Terbang Miri pada 11.25 pagi. Para tetamu dalam kedua-dua penerbangan ini disambut dengan meriah di terminal dan pancuran air untuk pesawat ketika mendarat.
Kedua-dua acara sambutan itu dianjurkan bersama oleh AirAsia dan Lembaga Pelancongan Sarawak, dengan sokongan Malaysia Airports.
Dengan kekerapan penerbangan secara harian antara Kuching dan Singapura serta empat kali seminggu untuk laluan Miri dan Singapura, para tetamu kini boleh menikmati promosi tambang sehala termasuk semua di aplikasi airasia Super App daripada serendah RM69 sehala untuk Kuching-Singapura dan RM79 sehala untuk Miri-Singapura. Tempahan untuk promosi tambang istimewa ini boleh dibuat mulai sekarang sehingga 1 Mei 2022 untuk tempoh perjalanan antara 12 September 2022 dan 25 Mac 2023.
Secara keseluruhan, AirAsia kini mengendalikan 44 buah penerbangan mingguan antara Singapura dengan bandar-bandar dan destinasi popular di Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan Miri, dan akan menambah kekerapannya sejajar dengan peningkatan permintaan.
Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Seni Kreatif dan Persembahan Sarawak berkata: “Kami mengalu-alukan penyambungan semula penerbangan AirAsia dari Singapura ke Kuching. Setakat ini, kami sudah mengembalikan lebih 90% kekerapan penerbangan kami semasa fasa pra pandemik, dengan laluan baharu ditambah seperti Pulau Pinang ke Kuching dan Singapura ke Miri.
“Saya percaya penyambungan semula penerbangan antarabangsa ini adalah tepat pada masanya untuk para pelancong dan rakyat tempatan di Sarawak, yang tentunya tidak sabar untuk merancang perjalanan dan percutian mereka. Selain itu, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang bakal bermula pada 1 Mei, termasuk tiada keperluan ujian Covid-19 untuk pra-perlepasan dan ketibaan, kelonggaran pemakaian pelitup muka di tempat awam dan daftar masuk melalui MySejahtera seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan baru-baru ini adalah satu perkembangan yang positif untuk aktiviti pelancongan kembali seperti sedia kala.”
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “AirAsia berbesar hati untuk menyambung semula penerbangan antarabangsa ke Sarawak, selepas menyambut penerbangan sulung ke Sabah pada dua minggu lalu dan ke Langkawi pada hari ini. Sarawak ialah pasaran yang amat penting untuk AirAsia. Kuching adalah salah satu hab utama kami di Malaysia di mana enam pesawat A320 kami ditempatkan dan kami menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 500 kakitangan di seluruh Sarawak. Kami berharap untuk kembali ke tahap pra-Covid tidak lama lagi, dengan lebih 300 penerbangan domestik dan antarabangsa mingguan ke dan dari Sarawak.
“AirAsia akan terus meneroka peluang untuk menhubungkan Sarawak ke lebih banyak destinasi popular di sekitar Asean dan lain-lain. Kami akan memberi komitmen dan sokongan yang penuh terhadap pembukaan penuh dan penyambungan semula aktiviti perjalanan dan pelancongan di Sarawak dan kami berharap untuk terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan demi memastikan standard pematuhan tertinggi untuk setiap penerbangan yang kami kendalikan.
“Kami juga ingin menyatakan komitmen penuh kami dalam menyediakan tambang penerbangan yang berpatutan melalui rangkaian yang luas untuk menghubungkan semua rakyat Malaysia terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, seperti yang telah kami lakukan sejak 20 tahun lalu.”
Sarawak terkenal dengan biodiversiti semulajadinya, taman negara dan keunikan seni bina kolonial. Dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’, ia merupakan negeri terbesar di Malaysia dan mempunyai hutan-hutan yang indah serta pelbagai tarikan pelancongan. Sarawak turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik di dalam kalendar tahunannya seperti festival ikonik — Festival Muzik Hutan Hujan Dunia yang bakal berlangsung bermula 17-19 Jun 2022 dan Festival Jazz Borneo yang akan berlangsung pada 25-26 Jun 2022.
AirAsia terus mengembangkan perkhidmatan antarabangsanya sejajar dengan permintaan yang kukuh. Selain Singapura, AirAsia telah menyambung penerbangan dari Kuala Lumpur ke India, Brunei, Kepulauan Maldives, Filipina, Bangladesh, Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Laos, Vietnam dan Kemboja. Penerbangan antarabangsa pertama dari Singapura ke Kuching juga tiba pada hari ini dengan muatan penuh. Lebih banyak penerbangan antarabangsa ke dan dari Kuching bakal mula beroperasi tidak lama lagi.
AirAsia kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan dengan langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat. Kini, seramai 95% daripada keseluruhan tetamunya telah beralih kepada ciri daftar masuk kendiri melalui airasia Super App dan laman web, satu inisiatif yang disarankan kepada semua penumpang semasa kemuncak pandemik Covid-19 pada tahun lalu dan akan terus menjadi sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan lagi pelan mitigasi Covid-19 melalui operasi tanpa sentuhan.
Sebagai sebahagian daripada proses pendidikan yang berterusan, AirAsia menggalakkan semua tetamu untuk memuat turun dan menaik taraf aplikasi airasia Super App mereka untuk perjalanan yang lancar dan tanpa sentuhan. Perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter AirAsia kini hanya tersedia untuk tetamu tertentu sahaja di semua lapangan terbang di Malaysia bermula 1 April 2022. Antara tetamu yang dikecualikan adalah warga emas berusia 70 tahun ke atas, orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penumpang remaja yang membuat perjalanan bersendirian, tempahan berkumpulan seramai 10 orang tetamu, penumpang penerbangan sewa khas dan lain-lain.
AirAsia telah diiktiraf dengan tahap keselamatan tertinggi sebanyak dua kali berturut-turut, dengan penilaian 7/7 daripada pakar keselamatan industri penerbangan di airlineratings.com pada tahun 2021 dan 2022.
Untuk maklumat lanjut tentang langkah keselamatan dan SOP perjalanan AirAsia, sila rujuk pada nasihat perjalanan terkini di sini.
Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.
JADUAL PENERBANGAN KUCHING-SINGAPURA MIRI-SINGAPURA