SANTAN LANCAR 'CLUB ZERO': MEMIMPIN ERA BAHARU DALAM PILIHAN YANG LEBIH SIHAT

Tealive dan Secret Recipe Bekerjasama dengan Santan untuk Menyediakan hidangan kurang gula yang lazat

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2024 – Santan, anak syarikat katering dalam penerbangan dan makanan serta minuman di bawah Capital A, melancarkan 'Club Zero', sebuah kempen inovatif yang mempromosikan pengurangan pengambilan gula dalam makanan. Inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan pilihan yang lebih sihat ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Bin Ahmad dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Senator Puan Fuziah Salleh.

'Club Zero' merupakan satu usaha berterusan Santan untuk menawarkan pilihan kepada pengguna yang semakin mementingkan kesihatan. Berdasarkan kejayaan minuman tanpa kalori gula jenama Santan, seperti ZERO Watermelon Coconut Latte dan ZERO Pistachio Coconut Latte yang laris terjual dalam penerbangan, kempen ini menawarkan lebih banyak pilihan alternatif yang lazat dan lebih sihat kepada tetamu AirAsia. Melalui kerjasama dengan jenama tempatan yang terkenal seperti Secret Recipe dan Tealive, Santan menetapkan standard baharu untuk pilihan makanan dan minuman rendah gula di Malaysia dan di seluruh rangkaian AirAsia.

YB Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Bin Ahmad berkata, “Saya memuji usaha Santan untuk memimpin inisiatif penting ini dan kerjasama mereka dengan jenama tempatan untuk menjadikan pilihan yang lebih sihat lebih mudah diakses oleh semua. Pelancaran Club Zero adalah langkah penting dalam usaha kita untuk mengurangkan pengambilan gula dan menggalakkan tabiat pemakanan yang lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Saya berharap lebih banyak jenama akan mengikut jejak ini dan menawarkan pilihan yang lebih sihat kepada pelanggan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh,berkata, “Club Zero mencerminkan misi kami untuk merevolusikan pilihan makanan dan minuman. Santan telah menetapkan standard baharu dalam sajian dalam penerbangan, membuktikan bahawa kualiti tinggi boleh dicapai walaupun dalam segmen penerbangan tambang rendah. Kami telah meningkatkan kualiti, kepelbagaian, dan kemampuan tawaran dalam penerbangan, meletakkan penanda aras baharu untuk industri. Dengan lebih 20 juta hidangan terjual setiap tahun, kami komited untuk menawarkan pilihan yang lebih sihat. Memandangkan isu kesihatan awam yang serius berkaitan diabetes di Malaysia, kami berbangga untuk memacu usaha ini dengan bekerjasama dengan dua jenama tempatan untuk menyediakan produk rendah gula, menjadikan pilihan yang lebih sihat, lazat, dan mudah diakses oleh semua tetamu AirAsia.”

Kempen 'Club Zero' menekankan dedikasi Santan dalam meningkatkan kesihatan awam melalui tawaran produk inovatif dan kerjasama strategik. Siri minuman Club ZERO Santan yang direka untuk dinikmati dengan gula tanpa kalori, kini merangkumi: ZERO Watermelon Coconut Latte, ZERO Pistachio Coconut Latte, ZERO Pistachio Coconut Milk, ZERO Watermelon Coconut Milk, ZERO Watermelon Coconut Water, dan ZERO Pistachio Jasmine Milk Tea. Pilihan berasaskan kopi, seperti latte, menggunakan kapsul kopi buatan Santan sendiri yang dihasilkan menggunakan Teknologi Pembekuan Kering untuk memberikan kopi berkualiti bertaraf barista di udara. Semua minuman berharga MYR13 di dalam penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan MYR14 di dalam penerbangan AirAsia X (D7).

Selain itu, rakan Club Zero, Tealive kini menawarkan ZERO Original Milk Tea dengan Konjac Pearl dan Kek ZERO Chocolate Indulgence dari Secret Recipe, kedua-duanya dengan 50 peratus kurang gula. Menu ini boleh didapati pada harga MYR13 di penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan MYR14 di penerbangan AirAsia X (D7).

Bryan Loo, pengasas dan CEO Loob Holding Sdn Bhd, berkata, “kami berbangga menjadi salah satu jenama tempatan yang dipilih oleh Santan untuk bekerjasama dalam menyediakan pilihan yang lebih sihat kepada orang ramai. Kami sentiasa percaya pada inovasi kolaboratif untuk mencipta produk yang menarik. Dengan membolehkan pelanggan kami memilih tahap gula yang mereka inginkan, kami teruja untuk berkongsi visi bersama Santan dalam menyediakan pilihan makanan dan minuman yang lazat tetapi lebih sihat. Kami tidak sabar untuk melihat pencinta teh menikmati teh susu asli tanpa gula kami dengan konjac pearl.”

Patrick Sim, Pengarah Urusan Secret Recipe, berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Santan dalam kempen Club Zero ini bagi membantu memperjuangkan gaya hidup yang lebih sihat dan mampan untuk rakyat Malaysia serta semua penumpang AirAsia. Kini, orang ramai dapat menikmati pilihan rendah kalori, baik di udara mahupun di cawangan kami, di mana kami telah melancarkan Kek ZERO Chocolate Indulgence dari Secret Recipe yang rasanya hampir sama dengan yang asal dan ZERO Pistachio Coconut Latte dari Santan. Mari kita semua bersatu, terutamanya semasa musim Merdeka ini, untuk hidup lebih baik bersama-sama.”

Santan mengajak semua rakyat Malaysia untuk menyertai Club Zero dan bersama-sama menuju ke arah masa depan yang lebih sihat.


TAMAT

Tentang Santan

Ditubuhkan pada tahun 2015, Santan adalah penyedia perkhidmatan katering dalam penerbangan dan makanan terkemuka untuk Kumpulan AirAsia dan seterusnya. Dedikasi kami terhadap inovasi makanan dan minuman telah mendorong kami untuk menawarkan pelbagai hidangan, kopi, dan minuman berkualiti tinggi. Selain daripada perkhidmatan dalam penerbangan, Santan kini menyediakan hidangan sedia untuk dimakan (RTE) yang boleh didapati di kedai serbaneka dan rangkaian, serta penyelesaian katering pejabat.

For media queries, please contact Aziz Laikar at @azizlaikar@airasia.com or +60123669745.