Daftar Masuk Sendiri dan tiba lebih awal di Lapangan Terbang sepanjang tempoh cuti Tahun Baru Cina

  • Tiba di lapangan terbang 3 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan
  • Daftar masuk sendiri melalui laman web, perkhidmatan mudah alih atau kiosk daftar masuk bagi kemudahan perjalanan
  • Pra-tempah makanan dalam penerbangan anda dengan SANTAN Combo Meals dari harga serendah RM10 sahaja, termasuk minuman percuma

SEPANG, 26 Januari 2017 - AirAsia dan AirAsia X menggalakkan kesemua para tetamu yang akan terbang sepanjang tempoh cuti Tahun Baru Cina untuk mendaftar masuk sendiri dan tiba di lapangan terbang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan berikutan jangkaan tetamu yang ramai pada masa ini.

Tetamu disarankan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan 4 jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X.

Tetamu juga digalakkan melakukan daftar masuk sendiri melalui laman web, perkhidmatan mudah alih atau kiosk daftar masuk bagi perjalanan lancar di lapangan terbang. Daftar masuk melalui laman web, mudah alih atau kiosk tersedia bermula dari 14 hari hingga 1 jam sebelum waktu berlepas bagi kesemua penerbangan AirAsia dan sehingga 4 jam sebelum berlepas bagi kesemua penerbangan AirAsia X.

Bagi para tetamu yang akan mendaftar masuk bagasi, kaunter daftar masuk bagasi akan tutup 1 jam sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Oleh kerana kesesakan dijangka akan berlaku di imbasan keselamatan, kaunter pengimbas bagasi, dan di kaunter Imigresen semasa musim cuti ini, tetamu dinasihatkan melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu pelepasan seawal yang mungkin.

Tetamu dengan tempahan secara berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan istimewa dibenarkan untuk mendaftar masuk di kaunter dan perlu hadir lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan. Kakitangan AirAsia akan berada di lapangan terbang untuk sedia membantu para tetamu bagi memastikan perjalanan yang menyenangkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina ini.

Setiap tetamu hanya dibenarkan SATU bagasi kabin DAN 1 beg komputer riba ATAU 1 beg tangan di atas kapal. Berat bagasi kabin utama mestilah tidak melebihi 7kg dan mesti dalam dimensi 36cm (Tinggi) x 23cm (Lebar) x 56cm (Luas). Kesemua tetamu digalakkan untuk pra-tempah peruntukan bagasi yang mencukupi untuk perjalanan mereka. Log masuk ke ‘Urus Tempahan Saya’ bagi menambah lebih banyak peruntukan bagasi melalui airasia.com sehingga 4 jam sebelum waktu perlepasan atau melalui aplikasi AirAsia di iPhone dan Android, serta tapak mudah alih mobile.airasia.com.

Tetamu turut dinasihatkan supaya pra tempah makanan mereka terlebih dahulu secara online untuk memastikan makanan pilihan mereka disediakan semasa penerbangan kerana permintaan yang meningkat boleh mengakibatkan ketidakcukupan makanan tersedia bagi pembelian di dalam penerbangan. AirAsia telah memperkenalkan promosi SANTAN Combo Meals di mana harga makanan dari serendah RM10 termasuk minuman percuma. Pra tempah makanan boleh dilakukan sehingga 24 jam sebelum waktu pelepasan yang dijadualkan melalui airasia.com menerusi ciri 'Urus Tempahan Saya'.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layariTwitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Malaysia, NewsMinjun YuSepang