AirAsia dan Pasukan Spotify kerjasama dalam kempen Dreams Come True with AirAsia

131117.jpeg

Dua puluh artis dari Asean bersaing untuk merebut peluang beraksi dengan David Foster

SEPANG, 13 November 2017 - AirAsia melancarkan kempen Dreams Come True with AirAsia untuk mencari serta memupuk bakat muzik dari Asean.

AirAsia akan berkerjasama dengan platform muzik Spotify untuk mengenalpasti 20 artis yang berbakat dari rantau yang berbeza untuk merebut peluang beraksi dengan produser muzik legenda, penghibur, pencipta lagu, pemuzik, penggubah lagu dan juga duta AirAsia, David Foster.

Artis yang terlibat dalam kempen ini adalah IV of Spades, Abirama, Airliftz, Axel Brizzy, Banna Harbera, Battle Bloom, BECKA, Ben Sihombing, Bil Musa, Jean Tan Li Juan, JinHo Bae, Keiko Necesario, Kuizz, Miss Lou, Reality Club, Rob and the Hitmen, Semenjana, Talitha Tan, The Façade dan VVYND.

Peminat muzik digalakkan untuk menstrim artis kegemaran mereka di Spotify semasa kempen sembilan minggu ini. Jumlah strim yang diperolehi dalam tempoh ini akan menentukan siapakah di antara 20 artis yang akan beraksi bersama Foster di salah satu daripada konsert beliau pada tahun depan.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, “Muzik, Asean dan merealisasikan impian menjadi kenyataan merupakan tiga matlamat utama dalam hidup saya, dan saya berbesar hati dapat membawa mereka semua bersama-sama dengan cara ini. Melalui kempen ini, kami berharap untuk mencari, mengasah dan menggalakkan sensasi muzik besar Asean akan datang serta membuat perubahan dalam kehidupan mereka. Saya fikir tiada mentor yang lebih baik untuk menggalas tugas ini daripada kawan baik saya, David Foster yang serba tahu untuk menghasilkan muzik hit.”

Sila layari dreamscometrue.airasia.com untuk butiran kempen, profil artis dan mengikuti perkembangan mereka atau menyertai perbualan #DreamsComeTrueWithAirAsia di Instagram dan Facebook.

News, MalaysiaMinjun YuSepang