AirAsia dan Avolon bekerjasama untuk merevolusikan platform perkongsian perjalanan di Asia Tenggara

  • AirAsia Aviation Group menempah 100 pesawat dron jenis VX4 eVTOL

  • 90% daripada pesanan VX4 Avolon juga telah ditempah

DUBLIN/SINGAPURA, 16 Februari 2022 - Avolon, syarikat pemajakan pesawat antarabangsa, hari ini mengumumkan bahawa salah satu kumpulan syarikat penerbangan terkemuka dunia, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia), telah menandatangani memorandum persefahaman tanpa ikatan untuk memajak sekurang-kurangnya 100 buah pesawat eVTOL VX4 daripada Avolon.

Pesawat eVTOL ini akan membolehkan AirAsia merevolusikan perjalanan udara dengan menyediakan mobiliti udara yang lebih maju kepada para penumpang baharu, seterusnya mengubah cara untuk mereka berhubung dengan lebih cekap.

Sebagai tambahan kepada pesawat eVTOL, Avolon, melalui syarikat sekutu pelaburan dan inovasinya Avolon-e, akan bekerjasama dengan AirAsia untuk mengkomersialkan pesawat eVTOL dengan pelepasan sifar dan membangunkan platform mobiliti udara dalam bandar (UAM) yang terkemuka dalam industri di Asia Tenggara. Avolon dan AirAsia juga akan membentuk kakitangan untuk memohon pensijilan tempatan, menyelidik peluang pasaran yang berpotensi dan keperluan infrastruktur untuk UAM. AirAsia juga akan memanfaatkan aplikasi mudah alih perjalanan dan gaya hidupnya, airasia Super App, untuk membantu menyokong dan membina platform perkongsian perjalanan eVTOL dengan Avolon.

Tempahan Avolon VX4

Pada bulan Jun 2021, Avolon telah menempah 500 buah pesawat VX4 eVTOL daripada Vertical Aerospace (NYSE: EVTL) (Vertical), bernilai AS$2 bilion. Sejak mengumumkan pesanan itu, Avolon telah menempah 250 buah pesawat VX4 untuk Gol dan Grupo Comporte di Brazil, sehingga 100 buah pesawat untuk Japan Airlines di Jepun, dan sekurang-kurangnya 100 buah pesawat untuk AirAsia. Avolon kini telah berjaya menempah sehingga 90% daripada pesanannya yang menandakan permintaan untuk pesawat VX4 daripada syarikat penerbangan terkemuka dunia.

Dómhnal Slattery, Ketua Pegawai Eksekutif Avolon berkata: “Tony Fernandes ialah perintis penerbangan yang telah membina AirAsia menjadi salah satu syarikat penerbangan terkemuka di dunia dan kini juga telah mencipta Super App yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan tumpuan kepada perjalanan. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan AirAsia yang berkongsi visi kami untuk merevolusikan masa depan perjalanan udara. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Tony dan seluruh pasukan AirAsia dalam perjalanan eVTOL mereka. Bersama-sama kami akan membangunkan platform perkongsian perjalanan dan tidak lama lagi akan menawarkan pesawat VX4 dengan pelepasan sifar, menjadikan AirAsia sebagai pengendali pilihan untuk perjalanan udara yang mampan di rantau ini.”

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata: “Inovasi adalah DNA kami dan kami menggunakan teknologi untuk melihat cara yang lebih cekap dan mampan dalam semua teras Capital A (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group). Kami kini lebih daripada sebuah syarikat penerbangan dengan lebih 20 produk dan perkhidmatan pada airasia Super App yang memanfaatkan antara satu sama lain termasuk penerbangan, hotel, makanan, barangan runcit, penghantaran, e-panggilan perjalanan dan banyak lagi. Saya berbesar hati dengan kerjasama antara Avolon dan AirAsia ini dan potensi untuk perjalanan udara jarak pendek dengan pelepasan sifar di Asia Tenggara. Kita sekarang berada di era digital. Kami percaya VX4 akan menjadi pesawat pilihan eVTOL dan kami teruja kerana bakal menjadi syarikat penerbangan pertama untuk melancarkan perkhidmatan menggunakan pesawat ini di Asia Tenggara. Kami juga berbesar hati untuk melanjutkan kerjasama dengan Avolon, yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menghantar pesanan kepada pelanggannya dan sejajar dengan visi kami untuk menjadi platform perjalanan dan penghantaran sehenti terkemuka di Asean.”

Stephen Fitzpatrick, Ketua Pegawai Eksekutif Vertical berkata: “Kami turut berbesar hati kerana AirAsia ialah syarikat penerbangan terkemuka terbaharu yang komited untuk menempah pesawat VX4 dengan pelepasan sifar. AirAsia telah menyediakan banyak peluang kepada para pelancong untuk meneroka dan mengembara di beberapa buah negara yang tercantik dan pelbagai di dunia, dan saya teruja kerana kami akan membawa penerbangan dengan pelepasan sifar kepada orang ramai di seluruh Asia.”

***

Mengenai VX4 eVTOL Aircraft

VX4 eVTOL Aircraft The four passenger, one pilot VX4 is projected to have speeds up to 200mph, a range over100 miles, near silent when in flight, zero operating emissions and low cost per passenger mile. The VX4 is expected to open up advanced air mobility to a whole new range of passengers and transform how we travel.

Find out more: vertical-aerospace.com

Mengenai Avolon

Headquartered in Ireland, with offices in the United States, Dubai, Singapore, Hong Kong and Shanghai, Avolon provides aircraft leasing and lease management services. Avolon is 70% owned by an indirect subsidiary of Bohai Leasing Co., Ltd., a public company listed on the Shenzhen Stock Exchange (SLE: 000415) and 30% owned by ORIX Aviation Systems, a subsidiary of ORIX Corporation which is listed on the Tokyo and New York Stock Exchanges (TSE: 8591; NYSE: IX). Avolon is the world’s second largest aircraft leasing business with an owned, managed and committed fleet, as of 31 December 2021 of 824 aircraft.

Website: www.avolon.aero

Twitter: @avolon_aero

Mengenai Vertical Aerospace

Vertical Aerospace is pioneering electric aviation. The company was founded in 2016 by Stephen Fitzpatrick, an established entrepreneur best known as the founder of the Ovo Group, a leading energy and technology group and Europe’s largest independent energy retailer. Over the past five years, Vertical has focused on building the most experienced and senior team in the eVTOL industry, who have over 1,700 combined years of engineering experience, and have certified and supported over 30 different civil and military aircraft and propulsion systems.

Vertical’s top-tier partner ecosystem is expected to de-risk operational execution and its pathway to certification allows for a lean cost structure and enables production at scale. Vertical has a market-leading pre-order book (by value) for a total of up to 1,350 aircraft from American Airlines, Avolon, Bristow and Iberojet, which includes conditional pre-order options from Virgin Atlantic and Marubeni, and in doing so, is creating multiple potential near term and actionable routes to market.

Vertical’s ordinary shares listed on the NYSE in December 2021 under the ticker “EVTL”. Find out more: vertical-aerospace.com

Mengenai AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL)

AAAGL is the holding company that oversees all airlines in Capital A (formerly AirAsia Group Berhad), as well as related international support functions including AirAsia Consulting, shared corporate services division AirAsia SEA, the Santan food group and the ground handling services joint venture business called GTR.

Mengenai Capital A

Capital A is an investment holding company with a portfolio of synergistic travel and lifestyle businesses that leverage data and technology to deliver the best value at the lowest cost, supported by high quality data and one of Asia's leading brands that remains committed to serving the underserved.

Website: www.airasia.com capitala.airasia.com

Twitter: @airasia