AirAsia menang anugerah Asean bagi tempat kerja terbaik

Kenyataan Gambar: (Dari kiri) Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof menyampaikan anugerah tersebut kepada Ketua Bahagian Kemudahan AirAsia Catherine Kok, disaksikan oleh Penasihat Niagatimes Dato’ R. Rajendran di majlis Anugerah HR Asean 2019.

Kenyataan Gambar: (Dari kiri) Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof menyampaikan anugerah tersebut kepada Ketua Bahagian Kemudahan AirAsia Catherine Kok, disaksikan oleh Penasihat Niagatimes Dato’ R. Rajendran di majlis Anugerah HR Asean 2019.

SEPANG, 5 April 2019 - AirAsia hari ini merangkul anugerah tempat kerja terbaik di Anugerah HR Asean 2019.

Dipilih oleh panel juri daripada pelbagai industri, AirAsia dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Malaysia kerana ia menawarkan faedah kakitangan dan inisiatif keseimbangan kerja dan kehidupan, terutama sekali dalam komitmen membantu ibu bapa yang bekerja.

Pusat jagaan kanak-kanak AirAsia, Krista@RedQ yang berkeluasan lebih 413 meter persegi mempunyai empat bilik darjah, bilik menyusu, bilik rawatan, tandas bersaiz kanak-kanak, tempat bermain, serta alat bantuan pembelajaran dan kemudahan multimedia.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Ketua Bahagian Kemudahan AirAsia Catherine Kok oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof.

Ketua Pegawai Bahagian People and Culture Kumpulan AirAsia Varun Bhatia berkata, “Kami berbangga kerana diiktiraf sebagai sebuah syarikat yang mendahulukan para kakitangan dan  keluarga mereka. Kini seramai 60 orang ibu bapa yang mendaftar anak-anak mereka di Krista@RedQ, memberikan ketenangan kepada mereka semasa bekerja.

Selain pusat jagaan kanak-kanak, kemudahan lain di RedQ termasuklah sebuah klinik, makmal fisioterapi, gimnasium dengan jurulatih peribadi, pod rehat, kafeteria bersubsidi, kafe T&Co, kedai salad, dan kemudahan riadah seperti gelanggang bola keranjang dan padang golf mini.

Anugerah HR Asean adalah sebahagian daripada Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia yang mengiktiraf para personaliti dan syarikat-syarikat yang cemerlang.

***

Mengenai Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia

Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2019 diadakan untuk mengiktiraf pencapaian usahawan-usahawan PKS serta menyuntik daya usaha syarikat tempatan yang lain mencapai kecemerlangan. Malah, anugerah berprestij ini juga mengambil pendekatan inovatif bagi menghargai sumbangan para usahawan terhadap industri di samping menyediakan platform untuk meningkatkan profil, jenama, produk dan perkhidmatan mereka. Pada masa yang sama, anugerah tahunan ini juga menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan memberi sumbangan kebajikan sebanyak RM10,000 kepada golongan penerima terpilih yang sangat memerlukan sokongan kewangan bagi perjalanan pengurusan harian mereka. Penganjuran anugerah kali ini diharapkan akan terus menjadi pemangkin semangat kebangkitan PKS di seluruh negara berkembang pesat mencipta nama bukan sahaja di pasaran lokal tetapi juga ke peringkat global.