Posts in Bahasa Malaysia
AirAsia Rewards Perluas Program Kesetiaan untuk Perniagaan, Tingkat Penglibatan Pelanggan

AirAsia Rewards, platform kesetiaan dan ganjaran di bawah Capital A, telah mengambil langkah signifikan dalam memperluaskan penawarannya dengan memperkenalkan penyelesaian kesetiaan plug-and-play untuk perniagaan. Inisiatif ini bertujuan membantu perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menyelaraskan dan meningkatkan program ganjaran mereka, sekali gus mengukuhkan penglibatan serta kesetiaan pelanggan.

Read More
Jimat Lebih dengan Tambang Domestik AirAsia Terendah, Eksklusif di AirAsia MOVE!

Merancang untuk ‘Cuti-Cuti Malaysia’? Terokai destinasi menarik di seluruh Malaysia dengan tambang eksklusif rendah hanya di aplikasi AirAsia MOVE. Promosi istimewa ini ditawarkan secara eksklusif melalui AirAsia MOVE hasil kerjasama strategik dengan AirAsia, rakan syarikat penerbangan terbesarnya.

Read More
Jenama AirAsia dan American Tourister bergabung, perkenalkan koleksi The Funseekers Collection

Abc. (AirAsia brand co.), cabang pembangunan strategik, pengurusan, pelesenan, dan dagangan jenama AirAsia serta portfolio jenama dan harta intelek di bawah Capital A, dengan bangganya mengumumkan kerjasama bersama American Tourister, jenama bagasi dan gaya hidup terkemuka dunia. Kerjasama ini memperkenalkan koleksi yang sangat dinantikan, The Funseekers Collection, yang menampilkan identiti jenama AirAsia.

Read More
ASEAN Explorer Pass oleh AirAsia MOVE mainkan peranan penting dalam memudahkan perjalanan mampu milik dan mudah diakses di rantau ASEAN

Produk langganan perjalanan ikonik oleh AirAsia MOVE, ASEAN Explorer Pass telah tampil sebagai sebuah inisiatif yang memudahkan perjalanan yang mudah diakses dan inklusif di seluruh rantau ASEAN semasa majlis penutup Forum Pelancongan ASEAN 2025 di sini.

Read More
AirAsia MOVE sambut SriLankan Airline sebagai Rakan Kongsi Langsung Penerbangan terbaharu

AirAsia MOVE terus memperkukuh  kedudukannya sebagai platform OTA terkemuka dengan mengalu-alukan syarikat penerbangan nasional Sri Lanka iaitu SriLankan Airlines sebagai rakan kongsi penerbangan terbaharu di platformnya. Kerjasama ini membuka peluang baharu kepada para pelancong untuk menerokai warisan kaya dan landskap memukau mutiara  Lautan Hindi – Sri Lanka.

Read More
AirAsia sasar terbangkan lima juta tetamu ke Sabah pada tahun 2025

KOTA KINABALU, 14 Januari 2025 - AirAsia sasar untuk menerbangkan lima juta tetamu ke negeri Sabah melalui Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau pada tahun 2025, hampir dua kali ganda daripada 3.7 juta ketibaan yang direkodkan pada tahun 2024. Sasaran pertumbuhan ini merangkumi pelancong domestik dan antarabangsa serta memperkukuh kedudukan AirAsia sebagai pemacu kesalinghubungan dan pertumbuhan ekonomi negeri.

Read More
AirAsia MOVE lantik pemimpin industri pelancongan terkemuka, Manfredi Lefebvre d'Ovidio sebagai Pengerusi Eksekutif

Platform ejen pelancongan dalam talian  (OTA) di bawah Capital A, AirAsia MOVE, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Manfredi Lefebvre d’Ovidio sebagai Pengerusi Eksekutif baharunya, berkuat kuasa serta-merta. Pelantikan ini  menggantikan Datuk Kamarudin Meranun yang telah menjadi penyumbang besar dalam membangunkan AirAsia MOVE sebagai jenama terkemuka  pelancongan di rantau Asean.

Read More
AirAsia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bekerjasama meningkatkan pemahaman industri penerbangan dalam kalangan pelajar Sabah

KOTA KINABALU, 10 Januari 2025 – AirAsia dengan kerjasama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), telah menganjurkan program komuniti untuk 40 pelajar dan guru dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu hari ini, sekali gus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan komuniti dan pendidikan.

Read More
Transformasikan Pengalaman Perjalanan: AirAsia MOVE Bekerjasama dengan Antom untuk Penyelesaian Pembayaran Tanpa Sempadan

AirAsia MOVE (MOVE), aplikasi tempahan perjalanan terkemuka di Asean dan perniagaan platform agensi pelancongan dalam talian (OTA) milik Capital A, telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Antom, penyedia perkhidmatan pembayaran dan digitalisasi pedagang milik Ant International. Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia MOVE untuk mentransformasikan perjalanan, termasuk memperkenalkan pengalaman pembayaran yang lancar dalam aplikasi.

Read More