Posts in Bahasa Malaysia
AirAsia dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia di World Travel Awards 2022

AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia untuk tahun keenam berturut-turut dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia untuk tahun ketujuh berturut-turut di World Travel Awards ke-29 pada tahun ini.

Read More
airasia food lancar khidmat penghantaran makanan antara bandar melalui udara pertama di Malaysia, dari Pulau Pinang ke Lembah Klang

Memanfaatkan keunikan sebagai satu-satunya pemain industri perkhidmatan penghantaran makanan di rantau ini di bawah kelolaan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbesar di Asia, airasia food hari ini melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar yang terbaharu untuk membolehkan pengguna menikmati juadah kegemaran mereka dari seluruh negara, diterbangkan dan dihantar terus ke depan pintu mereka.

Read More
airasia rewards berikan pelbagai faedah dan penjimatan dari Super Members’ Week untuk julung kalinya bagi meraikan pengiktirafan serantau

Program tawaran gaya hidup terkemuka di Asean, airasia rewards membawa pulang dua anugerah pada Loyalty & Engagement Awards 2022 baru-baru ini untuk program kesetiaan gaya hidup komprehensifnya yang direka untuk menarik, mengekalkan dan menghargai ahli dan kakitangannya.

Dan untuk berkongsi kegembiraan dan perayaan dengan semua pengguna airasia Super App, airasia rewards akan memulakan Super Members’ Week sulungnya dengan satu minggu yang penuh dengan pelbagai tawaran ganjaran dan penjimatan setiap hari untuk semua ahli dari 15-21 Ogos 2022.

Read More
AirAsia kembali dengan diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan penerbangan ke lebih 120 destinasi seluruh Asia dan seterusnya!

Rancang percutian hujung minggu anda yang seterusnya dan percutian sekeluarga dengan nilai dan pilihan terbaik bersama AirAsia! AirAsia kini kembali terbang tinggi merentasi semua pasaran dan sebagai tanda penghargaan kepada para tetamu kami, AirAsia kini menawarkan diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan penerbangan untuk destinasi domestik dan antarabangsa di setiap syarikat penerbangan AirAsia (kod penerbangan: AK, FD, QZ, Z2, D7, dan XJ).

Read More
airasia Super App tawar pekerjaan sepenuh masa untuk penunggang gig – pertama di rantau Asia

Platform pelancongan & gaya hidup paling pesat berkembang di rantau ini, airasia Super App, telah menjadi yang pertama di Asia untuk menawarkan pekerjaan sepenuh masa untuk para penunggang gig, sebagai sebahagian daripada komitmennya dalam memberikan mereka persekitaran kerja yang lebih baik dan kestabilan pekerjaan, di samping meningkatkan peluang pendapatan untuk mereka.

Read More