Posts in Bahasa Malaysia
Segera! Panggilan terakhir untuk melanggan SUPER+ Unlimited

Antara destinasi antarabangsa yang menjadi pilihan oleh pelanggan baharu SUPER+ Unlimited yang dilancarkan oleh airasia Super App pada Isnin, 5 Disember termasuk Maldives, Taipei, Tokyo, Osaka dan Perth.

Lebih 30,000 tempat duduk telah ditebus dalam tempoh empat hari lepas sejak pelancarannya, dan lebih banyak tempat duduk ke lebih 130 destinasi di seluruh Asean dan seterusnya tersedia untuk ditebus secara percuma kepada pelanggan SUPER+ Unlimited dalam satu tahun akan datang. Selain itu, mereka boleh menikmati diskaun 10% tanpa had untuk airasia ride dan diskaun 5% tanpa had untuk semua hotel di Airasia Super App. Pelanggan juga memperoleh 800 mata airasia untuk pilihan Lite, dan 2,000 mata airasia untuk pilihan Premium.

Read More
Capital A terima anugerah selepas ubah suai laman web dan penjenamaan semula oleh IR Magazine

Capital A Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group Berhad) (“Capital A” atau “Kumpulan”) telah dianugerahkan “Laman Web IR Terbaik” di IR Magazine Forum & Awards South East Asia 2022 yang mengiktiraf usaha penjenamaan semula Kumpulan itu iaitu daripada sebuah syarikat penerbangan kepada sebuah syarikat pegangan pelaburan.

Read More
Nikmati pengalaman tanpa had dengan SUPER+ terbaharu oleh airasia Super App

Produk langganan penerbangan serta tawaran gaya hidup pertama di dunia, SUPER+ oleh airasia Super App kini tersedia untuk pembelian di seluruh dunia, dengan versi yang dipertingkatkan yang akan membolehkan para pelanggan untuk terbang ke destinasi yang lebih jauh serta menikmati lebih banyak tawaran menarik merentasi keseluruhan ekosistem airasia.

Read More
Capital A minta tempoh lanjutan kemuka pelan penyusunan semula muktamad tangani status PN17

Capital A Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group Berhad) (“Capital A” atau “Kumpulan”) hari ini mengumumkan bahawa ia sedang mendapatkan lanjutan masa daripada Bursa Malaysia Securities Berhad untuk mengemukakan pelan penyusunan menyeluruh bagi menangani status Nota Amalan 17 (“PN17”). Kumpulan itu menjangkakan untuk mengumumkan pelan penyusunan semula yang telah dimuktamadkan kepada pihak Bursa Malaysia Securities pada bulan Januari 2023 dan diikuti dengan penyerahan untuk kelulusan dijangka pada Februari 2023.

Read More
AirAsia bakal tambah penerbangan tambang rendah menjelang sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya merentasi destinasi popular

Menjelang tempoh perayaan tidak lama lagi, AirAsia bakal menambah penerbangan tambang rendah tambahan, serta penerbangan lewat malam dari Kuala Lumpur dan hab utamanya yang lain ke pelbagai destinasi di seluruh Malaysia dan seterusnya bagi membolehkan para tetamu untuk bertemu semula dengan orang yang tersayang.

Read More