AirAsia yakin laluan baharu yang telah dilancarkan antara Kota Kinabalu dan Beijing serta Macau akan terus mendapat permintaan kukuh daripada para pelancong, berikutan penerbangan sulungnya ke Kota Kinabalu dari Beijing dan Macau yang mencapai faktor muatan yang mengagumkan sebanyak lebih daripada 90 peratus.
Read MoreTeleport, syarikat logistik di bawah Capital A Berhad, secara rasminya telah melancarkan pesawat Airbus A321 Freighter (A321F) pertamanya ke dalam armada logistik udaranya, yang bakal mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dari segi jumlah kargo udara mengikut tan di seluruh Asia Tenggara, seperti yang diperakui oleh World ACD.
Read MoreAirAsia terus menawarkan jualan besar-besaran yang akan membolehkan pengembara menikmati diskaun* 20% bagi semua tempat duduk dan semua penerbangan.
Read MoreAdakah anda berminat dengan pembangunan permainan video? Adakah anda mempunyai idea permainan inovatif yang menunggu untuk direalisasikan? Ini adalah berita baik untuk anda! RedGames, hab permainan airasia Superapp, sangat teruja untuk mengumumkan RedGames Jam yang dianjurkan buat pertama kalinya. Pertandingan ini adalah kerjasama dengan UOW Malaysia, dengan sokongan daripada Persatuan Pembangun Permainan Antarabangsa (IGDA) Malaysia dan SEGA.
Read MoreAirAsia membuka lembaran baharu dalam usahanya untuk memacu penglibatan industri dan kerjasama lebih besar dengan menganjurkan Hari Kelestarian pertamanya, bertemakan ‘Melaksanakan Kelebihan Dengan Kekurangan’.
Read MoreSusulan kemenangan AirAsia kali ke-14 berturut-turut sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 di Paris, Perancis semalam yang diundi oleh berjuta-juta pengguna, syarikat penerbangan itu meraikannya dengan menawarkan tambang penerbangan bernilai terbaik sebagai tanda penghargaan kepada semua.
Read MoreAirAsia sekali lagi telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 (Skytrax) buat kali ke-14 berturut-turut.
Read MoreCitilink, salah satu syarikat penerbangan tambang rendah utama Indonesia dengan lebih 90 laluan merentasi rangkaiannya kini tersedia untuk tempahan di airasia Superapp, memberikan pelancong pengalaman perjalanan yang lebih luas, fleksibel dan mampu milik.
Read MoreAirAsia X (AAX) terus mengembangkan rangkaian jarak sederhananya dengan pelancaran semula perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Amritsar di India Utara.
Read MoreIbu negeri Sarawak hari ini mengalu-alukan ketibaan para tetamu dalam penerbangan sulung AirAsia dari Jakarta, Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Read MoreAirAsia kembali menawarkan promosi TEMPAT DUDUK PERCUMA* dengan penerbangan ke 130 destinasi mulai hari ini.
Read MoreIkhlas Com Travel Sdn Bhd (IKHLAS), anak syarikat Capital A Berhad bekerjasama dengan Saudi Tourism Authority (STA) untuk melancarkan ‘Rethink Summer’, kempen bermusim yang bertujuan mempromosikan Arab Saudi kepada pelancong Malaysia sebagai destinasi musim panas yang unik dan beraneka. Terdapat pilihan yang menepati citarasa ramai, dari pergunungan Taif yang indah, pantai Jeddah yang menyeronokkan sehinggalah ke puncak awangan di Aseer.
Read MoreAirAsia terus meluaskan rangkaiannya di Asia dengan pelancaran laluan ke Hong Kong dari hab ketiga terbesarnya di Pulau Pinang bermula 10 Ogos 2023.
Read MoreResort World Genting dan airasia Superapp mengajak orang ramai yang berniat untuk bercuti untuk bersiap sedia dengan tawaran diskaun 15% untuk percutian di kawasan tanah tinggi yang menyejukkan di Resorts World Awana, atau bercuti dan bersantai di pantai di Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi.
Read MorePengalaman kulinari serba baharu menanti pengguna airasia Superapp dan semua pengembara dengan pengenalan ciri terbaharunya, perkhidmatan ‘tempahan makan di restoran berdiskaun’.
Read More