Posts in Bahasa Malaysia
Capital A Berhad tandatangan Surat Hasrat gabung perniagaan bersama syarikat tersenarai bursa saham NASDAQ, Aetherium Acquisition Corp

Capital A Berhad, syarikat pemegang pelaburan AirAsia, airasia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp), perniagaan logistik Teleport, dan kumpulan perkhidmatan penerbangan Capital A, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah menandatangani sebuah Surat Hasrat bersama Aetherium Acquisition Corp (NASDAQ: GMFI), sebuah Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas ("SPAC") yang tersenarai di bursa saham Nasdaq, untuk penggabungan perniagaan yang dicadangkan bersama Capital A International, yang bakal ditubuhkan.

Read More
Tune Protect dan AirAsia mengumumkan pelan insurans perjalanan dipertingkat: AirAsia Comprehensive Travel PLUS dengan perkhidmatan masuk hospital tanpa tunai

Kumpulan Tune Protect Berhad (“Tune Protect”) dan AirAsia Aviation Group Limited (“AirAsia”) mengumumkan pelancaran insurans perjalanan terkini yang telah dipertingkatkan, iaitu AirAsia Comprehensive Travel PLUS, yang menampilkan tambahan praktikal perkhidmatan Kemasukan Hospital Tanpa Tunai bagi polisi yang diterbitkan oleh Tune Protect Malaysia dan Tune Protect Thailand.

Read More
Rancang percutian anda yang seterusnya dengan Jualan Terhad 72 Jam airasia Superapp

KUALA LUMPUR, 26 September 2023 - Bersiap sedia dengan Jualan Terhad 72 Jam eksklusif dari airasia Superapp untuk menjadikan percutian anda satu kenyataan. Kali ini, airasia Superapp menawarkan pengguna dengan diskaun yang tiada bandingan untuk penerbangan, hotel, airasia ride dan juga airasia gifts dari 26- 28 September 2023. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk jelajah dunia pada harga yang berpatutan.

Read More
airasia Digital umumkan kelahiran MOVE serta perkenalkan era baharu inovasi perjalanan & pengembaraan

KUALA LUMPUR, 18 SEP - Dalam langkah strategik untuk menekankan komitmennya terhadap perjalanan, cabang digital Capital A, airasia Digital mengumumkan transformasinya kepada MOVE Digital (MOVE). Penjenamaan semula ini menandakan satu babak yang menarik dalam fasa pertumbuhan seterusnya melalui kedua-dua perniagaannya, airasia Superapp dan BigPay..

Read More
airasia ride tingkat perkhidmatan perjalanan awal dan akhir dengan penjimatan harian untuk pengguna KTM

Penumpang yang ingin melakukan perjalanan dengan perkhidmatan keretapi KTM Komuter, ETS, atau KTM Intercity kini boleh membuat perjalanan ke stesen kereta api masing-masing dengan pilihan yang lebih berpatutan yang menawarkan lebih banyak penjimatan melalui airasia ride, platform e-panggilan airasia Superapp.

Read More
AirAsia peroleh sokongan untuk kembali ke kapasiti penuh dengan sokongan berterusan oleh CFM

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dunia, telah mengumumkan bahawa rancangannya untuk mengaktifkan kembali keseluruhan 204 pesawatnya disokong oleh perjanjian baharu bersama rakan kongsi jangka panjang serta pembekal enjinnya, CFM International. Fokus CFM untuk meningkatkan kestabilan pesawat di lapangan dan pemantauan maya 24/7 terhadap operasi enjin LEAP-1A AirAsia adalah pemangkin penting bagi syarikat penerbangan itu untuk mengaktifkan semula pesawatnya di seluruh Kumpulan.

Read More
airasia Superapp raih kemenangan buat julung kalinya bagi kategori Ejen Pelancongan Dalam Talian Terbaik di Asia 2023

airasia Superapp baru sahaja dinobatkan sebagai Ejen Dalam Talian Terbaik di Asia semasa di acara terkemuka dunia, World Travel Awards (Asia) dengan hanya penyertaannya yang pertama. Ini sekali gus membuktikan segala usaha kami dalam menyediakan nilai serta kemudahan buat kesemua pengembara sejajar dengan matlamat kami untuk menjadi aplikasi unggul dia rantau ini.

Read More