Posts in Bahasa Malaysia
airasia academy, MyCreative Ventures jalin kerjasama memperkasa pembangunan diri dalam kalangan rakyat Malaysia melalui Program Bina Kerjaya

airasia academy, cabang teknologi pendidikan dan kepimpinan Capital A, telah mengumumkan ia secara rasmi menjalin kerjasama dengan MyCreative Ventures, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia yang diberi mandat untuk menyokong industri kreatif tempatan, dalam memperkasa pembangunan diri dalam kalangan belia Malaysia melalui Program Bina Kerjaya. Kerjasama ini juga adalah sebahagian usaha syarikat itu dalam meningkatkan kecekapan pasaran pekerjaan di Malaysia dengan menyediakan kemahiran yang diperlukan oleh tenaga kerja tidak formal dan masa hadapan dalam mendapatkan pekerjaan formal di dalam landskap pekerjaan dinamik hari ini, sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Read More
Capital A Berhad tandatangan Surat Hasrat gabung perniagaan bersama syarikat tersenarai bursa saham NASDAQ, Aetherium Acquisition Corp

Capital A Berhad, syarikat pemegang pelaburan AirAsia, airasia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp), perniagaan logistik Teleport, dan kumpulan perkhidmatan penerbangan Capital A, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah menandatangani sebuah Surat Hasrat bersama Aetherium Acquisition Corp (NASDAQ: GMFI), sebuah Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas ("SPAC") yang tersenarai di bursa saham Nasdaq, untuk penggabungan perniagaan yang dicadangkan bersama Capital A International, yang bakal ditubuhkan.

Read More
Tune Protect dan AirAsia mengumumkan pelan insurans perjalanan dipertingkat: AirAsia Comprehensive Travel PLUS dengan perkhidmatan masuk hospital tanpa tunai

Kumpulan Tune Protect Berhad (“Tune Protect”) dan AirAsia Aviation Group Limited (“AirAsia”) mengumumkan pelancaran insurans perjalanan terkini yang telah dipertingkatkan, iaitu AirAsia Comprehensive Travel PLUS, yang menampilkan tambahan praktikal perkhidmatan Kemasukan Hospital Tanpa Tunai bagi polisi yang diterbitkan oleh Tune Protect Malaysia dan Tune Protect Thailand.

Read More