Posts in Bahasa Malaysia
Lunetide sambut ulang tahun ke-6 bulan dengan rangkaian aktiviti hiburan menarik

Project Kavvaii, sebuah platform untuk menonjolkan VTubers di seluruh Asean oleh airasia Super App, telah mengumumkan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif sempena sambutan ke-6 bulan Lunetide. Jangan ketinggalan untuk meraikan saat-saat menarik bersama!

Lunetide dianggotai dua idola maya, Airi Gwynevere and Mikazuki Mai, yang telah membuat kemunculan sulung mereka pada April 2022. Kedua-dua bakat daripada Generasi Lunetide Project Kavvaii terlibat dengan penonton melalui seni, permainan, karaoke dan strim sembang langsung di saluran YouTube mereka.

Read More
Bagaimana prestasi airasia Super App sebagai sebuah OTA? Tonton ini untuk ketahui lebih lanjut!

Sentiasa mencari ruang dan peluang biarpun di dalam krisis, kami telah menggunakan masa henti daripada melakukan penerbangan sepanjang dua tahun yang lalu untuk menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan kepada sebuah syarikat digital serba inklusif, airasia Super App dengan hampir 16 produk pelancongan dan gaya hidup serta perkhidmatan yang melambangkan “gaya hidup airasia”.

Read More
Raikan masakan Malaysia yang terbaik di airasia food dengan diskaun sehingga 65%

Sejak pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar udaranya bulan lepas, pasukan airasia food telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk di Lembah Klang untuk menikmati makanan terbaik yang ditawarkan di Pulau Pinang, sekali gus mendekatkan rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan Hari Malaysia yang ke-59 bulan ini.

Read More
Setelah mendemokrasikan perjalanan udara, airasia kini memacu revolusi perkhidmatan penghantaran

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan berikutan keadaan pandemik menyebabkan para peniaga kecil, terutamanya pengendali makanan dan minuman l serta pemilik restoran berhadapan dengan kemerosotan mendadak akibat tiada pelanggan yang boleh menjamu selera di restoran.

Justeru, platform perkhidmatan penghantaran makanan baharu airasia terus komited untuk membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) tempatan mengekalkan perniagaan mereka pada masa yang mencabar ini disamping memberikan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan kepada pengguna umum.

Read More