Posts in Bahasa Malaysia
Capital A sedia tawaran perjalanan dan gaya hidup berpatutan dan mudah kepada anggota Koperasi Polis melalui airasia Super App

Capital A Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group Berhad), syarikat pegangan pelaburan untuk kumpulan syarikat penerbangan AirAsia, airasia Super App, BigPay, Teleport dan Redbeat Ventures memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan KOP Mantap Berhad, anak syarikat milik penuh Koperasi PDRM untuk meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua pihak.

Read More
AirAsia bersedia rancakkan penerbangan dengan pembukaan semula sempadan negara

AirAsia mengalu-alukan pengumuman kerajaan Malaysia untuk membuka sepenuhnya sempadan antarabangsa pada 1 April dan bersedia untuk kembali lebih kuat dan terus merancakkan industri penerbangan.

Read More
AirAsia tawar promosi terhebat sempena pembukaan sempadan Malaysia

Sempena meraikan pembukaan semula sempadan Malaysia pada 1 April 2022, AirAsia menawarkan promosi hebat untuk semua tempat duduk penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), AirAsia X (kod penerbangan D7), dan syarikat penerbangan lain yang tersedia di airasia Super App!

Read More
AirAsia Academy bekerjasama dengan Yayasan Chow Kit untuk menyediakan platform pendidikan bagi kanak-kanak terpinggir di Kuala Lumpur

AirAsia Academy, cabang pendidikan RedBeat Capital di bawah Capital A, telah bekerjasama dengan Yayasan Chow Kit, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang membantu kanak-kanak dan belia di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Kerjasama ini menyaksikan AirAsia Academy menyediakan platform untuk pembelajaran menerusi video, penilaian automatik, buku elektronik dan alatan pembelajaran lain untuk pelajar yang memerlukan.

Read More
AirAsia Foundation rai ulang tahun ke-10 dengan menawarkan geran pemulihan banjir

AirAsia Foundation meraikan ulang tahun kesepuluh hari ini dengan menjemput organisasi untuk memohon geran bantuan dan pemulihan yang ditawarkan bagi membantu projek pembinaan dan pemulihan di kawasan yang terjejas akibat banjir yang melanda negara ini pada bulan Disember 2021.

Read More
Buat penghantaran serta-merta dengan airasia xpress - kini di Miri dan Kuching

Pengguna airasia Super App di Miri dan Kuching, Sarawak, kini boleh menikmati perkhidmatan penghantaran bungkusan segera dengan nilai terbaik daripada airasia xpress bermula hari ini. Perkhidmatan ini dikuasakan oleh Teleport, cabang logistik Capital A.

Read More
airasia Super App bekerjasama dengan CGS-CIMB Securities untuk mendemokrasikan pelaburan pasaran modal untuk peniaga di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara - “Kini sesiapa pun boleh melabur”

airasia Super App, syarikat di bawah Capital A (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group) dan CGS-CIMB Securities Sdn. Bhd. (CGS-CIMB Securities) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) pada hari ini untuk bekerjasama mendemokrasikan perdagangan ekuiti dan menjadikan pelaburan lebih mudah diakses dan mampu dimiliki oleh semua orang, terutamanya kepada golongan bukan pelabur.

Read More
Kempen #TimeToListen Capital A menyerlahkan kepelbagaian dan memberi suara kepada artis Malaysia Airliftz

Selepas melancarkan video kempen #TimeToListen yang menyerlahkan kepelbagaian dan menonjolkan mereka yang berjaya mengatasi prejudis dan diskriminasi sosial serta menyediakan platform untuk mereka bersuara, Capital A hari ini mengumumkan salah seorang dutanya Airliftz telah menandatangani perjanjian dengan RedRecords, cabang hiburan airasia Super App.

Read More
airasia Super App perkukuh kedudukan sebagai agensi pelancongan dalam talian terkemuka Asean dengan kerjasama WebBeds

airasia Super App telah mengumumkan kerjasama baharu dengan WebBeds, penyedia perkhidmatan perjalanan perniagaaan-ke-perniagaan (B2B) kedua terbesar dan paling pesat berkembang di dunia yang menyediakan perkhidmatan pengedaran penginapan kepada industri pelancongan.

Read More
airasia Super App dan 7-Eleven bekerjasama untuk menyediakan tawaran menarik untuk pelanggan, rakan penghantar dan pemandu

Platform perjalanan dan gaya hidup untuk semua, airasia Super App kini bekerjasama dengan rangkaian kedai serbaneka terbesar di Malaysia, 7-Eleven, untuk menyediakan tawaran menarik kepada penumpang, rakan penghantar dan pemandu airasia ride, airasia xpress, airasia food dan airasia grocer.

Read More