Posts in Bahasa Malaysia
airasia Super App perluas kemudahan tempahan untuk mod pengangkutan darat dan laut

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2022 - Kini anda boleh merancang perjalanan dan percutian anda dengan lebih mudah melalui tawaran terbaharu oleh airasia Super App, airasia transport, yang akan membolehkan para pengguna untuk menempah tiket bas, keretapi dan feri melalui platform yang sama mereka menempah percutian mereka dengan lancar.

Sebagai salah sebuah pemain utama Ejen Pelancongan Dalam Talian (OTA) dengan pilihan penerbangan daripada lebih 700 syarikat penerbangan dan lebih 700,000 hotel di platform tersebut, airasia Super App kini menyediakan pilihan buat para pengguna untuk menempah mod pengangkutan alternatif ke destinasi terakhir mereka.

Read More
AirAsia perkukuh komitmen terhadap Indonesia dengan pelancaran empat laluan baharu dan sejumlah 66 penerbangan setiap minggu dari Malaysia

AirAsia Malaysia (AK) terus memperkukuh komitmennya terhadap Indonesia dengan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan ke Banda Aceh, Padang dan Pekanbaru dari Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2022; serta melancarkan perkhidmatan baharu ke Bali (Denpasar) dari Pulau Pinang bermula 20 Oktober tahun ini.

Read More
airasia Super App dan GoPro jalin kerjasama untuk memperkenalkan kit pengembaraan GoPro Super Hero Edisi Terhad

Platform beli-belah bebas cukai dalam talian airasia Super App, airasia travelmall dan kamera aksi paling serba boleh di dunia, GoPro, bekerjasama untuk memperkenalkan kit pengembaraan GoPro Super Hero edisi terhad AirAsia. Kit edisi terhad yang menampilkan kamera GoPro HERO11 edisi terkini akan tersedia secara eksklusif di platform airasia travelmall pada harga RM2,399 seunit bermula hari ini.

Read More