AirAsia kembali menawarkan jualan hebat untuk para pengembara, dengan diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan semua penerbangan ke destinasi popular untuk perjalanan mulai November ini, sempena musim percutian akhir tahun dan tahun baharu.
Read MoreYayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) telah menjalin kerjasama dengan platform teknologi pendidikan serantau yang pantas membangun, airasia academy untuk membantu meningkatkan peluang kebolehpasaran bagi golongan minoriti berstigma dengan membina pengetahuan kemahiran yang relevan dengan keperluan ekonomi yang dipacu teknologi.
Read MorePulau Pinang bakal mengalu-alukan lebih ramai ketibaan pelancong serantau pada tahun ini kerana AirAsia Malaysia (AK) akan melancarkan laluan terus baharu dari Bali (Denpasar) bermula pada 20 Oktober 2022.
Read MoreKUALA LUMPUR, 5 October 2022 – AirAsia telah dianugerahkan ‘Best in Future of Digital Infrastructure’ oleh IDC Future Enterprise Awards - Malaysia, khusus di atas inisiatifnya iaitu ‘Building Out the Leading airasia Super App in ASEAN’, sebuah projek kepelbagaian perniagaan digital yang telah dijalankan oleh Kumpulan Capital A.
Anugerah tahunan berprestij ini menyokong keputusan kewangan suku kedua Capital A baru-baru ini yang mana perniagaan digital kumpulan secara keseluruhannya melaporkan pertumbuhan hasil yang kukuh sebanyak 192% Tahun-ke-Tahun, sebahagiannya didorong oleh prestasi kukuh airasia Super App. Anugerah ini juga dibuat susulan pengumuman AirAsia baru-baru ini sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia selama 13 tahun berturut-turut yang diundi oleh Skytrax World Airline Awards 2022.
Read MoreKUALA LUMPUR, 4 Oktober 2022 - Kini anda boleh merancang perjalanan dan percutian anda dengan lebih mudah melalui tawaran terbaharu oleh airasia Super App, airasia transport, yang akan membolehkan para pengguna untuk menempah tiket bas, keretapi dan feri melalui platform yang sama mereka menempah percutian mereka dengan lancar.
Sebagai salah sebuah pemain utama Ejen Pelancongan Dalam Talian (OTA) dengan pilihan penerbangan daripada lebih 700 syarikat penerbangan dan lebih 700,000 hotel di platform tersebut, airasia Super App kini menyediakan pilihan buat para pengguna untuk menempah mod pengangkutan alternatif ke destinasi terakhir mereka.
Read MoreAirAsia Malaysia (AK) terus memperkukuh komitmennya terhadap Indonesia dengan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan ke Banda Aceh, Padang dan Pekanbaru dari Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2022; serta melancarkan perkhidmatan baharu ke Bali (Denpasar) dari Pulau Pinang bermula 20 Oktober tahun ini.
Read MoreAirAsia telah mempertingkatkan lagi sistem pengecaman wajah, FACES, dengan integrasi teknologi EzPaz oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2), menawarkan perjalanan tanpa sentuhan secara menyeluruh kepada para tetamu.
Read MoreAirAsia Malaysia (AK) hari ini mengumumkan bahawa penggunaan peranti elektronik mudah alih (PED) kini boleh digunakan dalam penerbangannya. Para tetamu tidak lagi perlu mematikan peranti mereka sepanjang dalam penerbangan AK kecuali semasa perlepasan.
Read MoreAirAsia memuji pengembalian penarafan keselamatan udara Malaysia kepada Kategori 1 oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan pada hari ini.
Read MoreBerikutan pengumuman oleh pihak kerajaan Malaysia mengenai pemansuhan pemakaian pelitup muka dalam pesawat, AirAsia Malaysia (Kod Penerbangan: AK) turut memansuhkan syarat pemakaian pelitup muka di dalam penerbangannya berkuatkuasa serta merta.
Read MoreHanya tinggal beberapa ribu tempat duduk sahaja lagi untuk tawaran tempat duduk daripada RM13* AirAsia sempena sambutan 13 tahun berturut-turut sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia oleh Skytrax baru-baru ini.
Read MoreSempena meraikan kemenangannya sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-13 berturut-turut, AirAsia hari ini melancarkan jualan tempat duduk daripada RM13* sejajar dengan pencapaiannya sebagai peneraju tambang rendah global.
Read MoreAirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13 berturut-turut.
Read MoreHanya dua hari sahaja lagi untuk anda menempah Tempat Duduk PERCUMA* yang telah dilancarkan pada hari Isnin lalu. Sejak ia dilancarkan, tempahan ke destinasi kegemaran semua di seluruh rantau ini telah ditempah dalam masa yang singkat.
Read More