Sebuah majlis tandatangan besar-besaran telah diadakan hari ini dengan dihadiri oleh 50 kumpulan perhotelan terkemuka dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina mengukuhkan lagi kedudukan airasia Super App sebagai sebuah platform aplikasi super kembara dan gaya hidup paling pesat berkembang di rantau ini.
Read Moreairasia Super app memenangi dua anugerah pada edisi kedua World Travel Tech Awards yang berprestij, iaitu Aplikasi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Laman Web Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia.
Read MoreIKHLAS, platform kembara dan gaya hidup mesra-Muslim Capital A yang menawarkan perkhidmatan yang selesa, mampu milik dan mudah diakses khusus bagi umat Islam melaksanakan tanggungjawab mereka dan menjalani gaya hidup patuh Shariah telah dilancarkan secara rasminya hari ini.
Read MorePlatform e-panggilan paling pesat berkembang di Malaysia, airasia ride, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan salah sebuah hospital swasta terbesar dan paling komprehensif di selatan Semenanjung Malaysia, Mahkota Medical Centre (MMC) dalam menyediakan manfaat kesihatan kepada komuniti pemandu e-panggilannya di Melaka.
Read MoreStrategi pelancaran semula Kumpulan AirAsia X (AAX) terus mencatat momentum kukuh di mana syarikat penerbangan itu kekal fokus pada pasaran jarak sederhana dalam jangka pendek yang terbukti menerima permintaan paling kukuh.
Read MoreAirAsia kembali menawarkan jualan hebat untuk para pengembara, dengan diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan semua penerbangan ke destinasi popular untuk perjalanan mulai November ini, sempena musim percutian akhir tahun dan tahun baharu.
Read MoreYayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) telah menjalin kerjasama dengan platform teknologi pendidikan serantau yang pantas membangun, airasia academy untuk membantu meningkatkan peluang kebolehpasaran bagi golongan minoriti berstigma dengan membina pengetahuan kemahiran yang relevan dengan keperluan ekonomi yang dipacu teknologi.
Read MorePulau Pinang bakal mengalu-alukan lebih ramai ketibaan pelancong serantau pada tahun ini kerana AirAsia Malaysia (AK) akan melancarkan laluan terus baharu dari Bali (Denpasar) bermula pada 20 Oktober 2022.
Read MoreKUALA LUMPUR, 5 October 2022 – AirAsia telah dianugerahkan ‘Best in Future of Digital Infrastructure’ oleh IDC Future Enterprise Awards - Malaysia, khusus di atas inisiatifnya iaitu ‘Building Out the Leading airasia Super App in ASEAN’, sebuah projek kepelbagaian perniagaan digital yang telah dijalankan oleh Kumpulan Capital A.
Anugerah tahunan berprestij ini menyokong keputusan kewangan suku kedua Capital A baru-baru ini yang mana perniagaan digital kumpulan secara keseluruhannya melaporkan pertumbuhan hasil yang kukuh sebanyak 192% Tahun-ke-Tahun, sebahagiannya didorong oleh prestasi kukuh airasia Super App. Anugerah ini juga dibuat susulan pengumuman AirAsia baru-baru ini sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia selama 13 tahun berturut-turut yang diundi oleh Skytrax World Airline Awards 2022.
Read MoreKUALA LUMPUR, 4 Oktober 2022 - Kini anda boleh merancang perjalanan dan percutian anda dengan lebih mudah melalui tawaran terbaharu oleh airasia Super App, airasia transport, yang akan membolehkan para pengguna untuk menempah tiket bas, keretapi dan feri melalui platform yang sama mereka menempah percutian mereka dengan lancar.
Sebagai salah sebuah pemain utama Ejen Pelancongan Dalam Talian (OTA) dengan pilihan penerbangan daripada lebih 700 syarikat penerbangan dan lebih 700,000 hotel di platform tersebut, airasia Super App kini menyediakan pilihan buat para pengguna untuk menempah mod pengangkutan alternatif ke destinasi terakhir mereka.
Read MoreAirAsia Malaysia (AK) terus memperkukuh komitmennya terhadap Indonesia dengan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan ke Banda Aceh, Padang dan Pekanbaru dari Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2022; serta melancarkan perkhidmatan baharu ke Bali (Denpasar) dari Pulau Pinang bermula 20 Oktober tahun ini.
Read MoreAirAsia telah mempertingkatkan lagi sistem pengecaman wajah, FACES, dengan integrasi teknologi EzPaz oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2), menawarkan perjalanan tanpa sentuhan secara menyeluruh kepada para tetamu.
Read MoreAirAsia Malaysia (AK) hari ini mengumumkan bahawa penggunaan peranti elektronik mudah alih (PED) kini boleh digunakan dalam penerbangannya. Para tetamu tidak lagi perlu mematikan peranti mereka sepanjang dalam penerbangan AK kecuali semasa perlepasan.
Read MoreAirAsia memuji pengembalian penarafan keselamatan udara Malaysia kepada Kategori 1 oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan pada hari ini.
Read MoreBerikutan pengumuman oleh pihak kerajaan Malaysia mengenai pemansuhan pemakaian pelitup muka dalam pesawat, AirAsia Malaysia (Kod Penerbangan: AK) turut memansuhkan syarat pemakaian pelitup muka di dalam penerbangannya berkuatkuasa serta merta.
Read More