AirAsia rai ulang tahun ke-22 dengan diskaun 22% untuk semua tempat duduk, semua penerbangan
Sempena sambutan 22 tahun AirAsia menghubungkan para tetamu dengan tambang berpatutan ke rangkaiannya, syarikat penerbangan itu menawarkan diskaun 22%* untuk semua tempat duduk dalam semua penerbangan bermula hari ini hingga 3 Disember 2023.
Nikmati diskaun sebanyak 22% untuk semua tempat duduk dalam semua penerbangan ke destinasi yang menarik seperti Pulau Pinang, Bali, Krabi, Phu Quoc, Shanghai, Amritsar, New Delhi, Busan, Gold Coast, Trivandrum (bermula 21 Februari 2024) dan destinasi-destinasi popular yang lain.
Read More
AirAsia tambah lebih 5 juta kapasiti untuk penerbangan antara China, India dan Malaysia pada tahun 2024
AirAsia hari ini mengumumkan peningkatan kapasiti untuk perkhidmatan antara China-Malaysia and India-Malaysia, sejumlah 230 penerbangan mingguan bermula pada suku pertama tahun 2024 seterusnya menyediakan sehingga 5.2 juta tempat duduk setahun.
Read More
airasia ride dan Resorts World Genting berganding bahu untuk menyediakan perjalanan yang lancar dan berpatutan untuk pelancong
airasia ride, platform e-hailing airasia MOVE (dulunya airasia Superapp) telah bekerjasama dengan Resorts World Genting untuk menyediakan penggembara perjalanan yang lebih berpatutan ke resort.
Read More
AirAsia X lebarkan sayap ke Asia Tengah, syarikat penerbangan Malaysia pertama terbang terus ke Almaty, Kazakhstan
AirAsia X (AAX) bakal melebarkan sayapnya ke Asia Tengah sebagai syarikat penerbangan Malaysia pertama yang terbang secara langsung ke Almaty, Kazakhstan bermula 14 Mac 2024.
Penerbangan AirAsia X (AAX) ke Asia Tengah membuktikan prestasinya sebagai syarikat penerbangan jarak sederhana dalam meneroka peluang baharu bagi pengembara, pencinta makanan dan mereka yang ingin mendalami kepelbagaian budaya. Syarikat penerbangan AirAsia X (AAX) yakin akan menyumbang peningkatan yang tinggi dalam perjalanan dua hala antara Kuala Lumpur dan destinasi unik ini dengan aksesibiliti yang lebih berpatutan.
Read More
airasia grocer dan Bantu Heroes jalin kerjasama untuk melancarkan ‘BANTU Farm’ tanda sokongan inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia
airasia grocer, platform peruncitan dalam talian dan BANTU Heroes, platform pengagihan makanan dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi yang dipanggil BANTU Farm tanda sokongan inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia dengan bertujuan untuk memupuk minat golongan belia dalam sektor pertanian.
Read More
AirAsia lancar destinasi baharu Thiruvananthapuram, laluan kesembilan terus ke India dan kedua di negeri Kerala
AirAsia mengumumkan destinasi baharu ke bandar selatan India, Thiruvananthapuram atau Trivandrum, menjadikannya laluan terus kedua syarikat penerbangan ini ke negeri Kerala, selain 12 penerbangan mingguan ke Kochi.
Read More
AirAsia Malaysia luaskan rangkaian dengan pelancaran laluan pertama ke Australia
AirAsia Malaysia (AK) mengumumkan laluan baharu ke Perth, Australia buat pertama kali sebagai strategi pengembangan rangkaiannya.
Mulai 11 Mac 2024, para tetamu AirAsia boleh menikmati lebih banyak pilihan penerbangan dan tambang bernilai hebat dengan jumlah peningkatan kekerapan penerbangan dari tujuh kepada 14 penerbangan mingguan. Pelancaran laluan ke Perth ini adalah bukti komitmen AirAsia untuk mendemokrasikan perjalanan udara ke pelbagai destinasi, seterusnya memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia.
Read More
airasia academy, MyCreative Ventures jalin kerjasama memperkasa pembangunan diri dalam kalangan rakyat Malaysia melalui Program Bina Kerjaya
airasia academy, cabang teknologi pendidikan dan kepimpinan Capital A, telah mengumumkan ia secara rasmi menjalin kerjasama dengan MyCreative Ventures, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia yang diberi mandat untuk menyokong industri kreatif tempatan, dalam memperkasa pembangunan diri dalam kalangan belia Malaysia melalui Program Bina Kerjaya. Kerjasama ini juga adalah sebahagian usaha syarikat itu dalam meningkatkan kecekapan pasaran pekerjaan di Malaysia dengan menyediakan kemahiran yang diperlukan oleh tenaga kerja tidak formal dan masa hadapan dalam mendapatkan pekerjaan formal di dalam landskap pekerjaan dinamik hari ini, sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).
Read More
AirAsia komited pacu pasaran India dengan pertumbuhan rangkaian antarabangsa
AirAsia komited untuk menghubungkan India ke serata dunia dan kekal dalam landskap industri penerbangan India, seterusnya menerbangkan jutaan pelancong India ke 130 destinasi di Asia dan Asia Pasifik.
Read More
Nikmati lebih banyak tawaran untuk percutian anda yang akan datang dengan Super Sale sambil menikmati halwa telinga oleh Airliftz!
Artis RedRecords Airliftz, yang terkenal dengan single hitnya Born July and Not Today, akan bergabung dengan jualan terbesar airasia Superapp bulan ini - Super Sale untuk mencipta lagu tema serba baharu untuk kempen bertajuk "Super Sale”.
Read More
AirAsia X rai 16 tahun sebagai peneraju syarikat penerbangan tambang rendah di Asia Pasifik dengan tambang istimewa
AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah jarak sederhana meraikan ulang tahun ke-16 minggu ini dengan jualan istimewa, menawarkan tambang rendah ke pelbagai destinasi di Asia dan seterusnya.
Read More
Tabung IKHLAS for Palestine kumpul RM170,000, sasar RM1 juta untuk bantu 7,000 keluarga di Palestin
Tabung kemanusiaan IKHLAS for Palestine yang diaktifkan semula oleh Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (ikhlas.com) bersama Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sejak 25 Oktober lalu berjaya mengumpul sejumlah RM170,250 dalam tempoh seminggu.
Read More
Capital A Berhad tandatangan Surat Hasrat gabung perniagaan bersama syarikat tersenarai bursa saham NASDAQ, Aetherium Acquisition Corp
Capital A Berhad, syarikat pemegang pelaburan AirAsia, airasia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp), perniagaan logistik Teleport, dan kumpulan perkhidmatan penerbangan Capital A, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah menandatangani sebuah Surat Hasrat bersama Aetherium Acquisition Corp (NASDAQ: GMFI), sebuah Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas ("SPAC") yang tersenarai di bursa saham Nasdaq, untuk penggabungan perniagaan yang dicadangkan bersama Capital A International, yang bakal ditubuhkan.
Read More
Asia Digital Engineering terima kelulusan Organisasi Penyelenggaraan Bahagian 145 EASA
Asia Digital Engineering (ADE), cabang penyelenggaraan, pembaikan, dan penyelenggaraan (MRO) Capital A, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh kelulusan bagi Organisasi Penyelenggaraan Bahagian 145 daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).
Read More