Posts in Bahasa Malaysia
Capital A International, Pemilik Jenama Ikonik AirAsia, akan disenaraikan di Pasaran Saham A.S. melalui Gabungan Perniagaan dengan Aetherium Acquisition Corp

Capital A Berhad (“Capital A”), (Bursa Saham Kuala Lumpur: 5099.KL), hari ini mengumumkan bahawa ia telah memuktamadkan perjanjian gabungan perniagaan bersama Aetherium Acquisition Corp (Nasdaq: GMFI), sebuah Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas ("SPAC"), untuk menyenaraikan Capital A International ("CAPI") di pasaran saham di Amerika Syarikat. CAPI akan memanfaatkan pengembangan, pengurusan, dan pelesenan jenama AirAsia dan berfungsi sebagai pemangkin pemasaran global dinamik bagi jenama-jenama Asean. Transaksi ini juga akan membuka peluang kepada para pelabur untuk mengambil bahagian dalam salah sebuah hab ekonomi yang sedang berkembang pesat yang dijangka akan menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.

Read More
AirAsia rancang untuk menjadi kumpulan syarikat penerbangan dengan rangkaian tambang rendah pertama dunia

AirAsia hari ini mengumumkan rancangan pelancaran kumpulan syarikat penerbangan dengan rangkaian tambang rendah pertama dunia. Rancangan ini  memanfaatkan strategi pelbagai hab uniknya yang telah dibina selama 22 tahun melalui syarikat penerbangannya di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja tidak lama lagi.

Read More
Capital A peroleh peningkatan taraf prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) selepas pelaksanaan semula strategi kelestarian

Capital A disenaraikan di kalangan peneraju utama dalam penarafan kelestarian di peringkat global sejurus pelaksanaan semula strategi kelestariannya. Ia memfokuskan kepada usaha di seluruh kumpulan dalam penilaian risiko dan komunikasi yang lebih efektif dengan pihak berkepentingan.

Read More