Posts in Bahasa Malaysia
airasia Super App anjur SUPER Travel Fest buat pertama kali

airasia Super App, salah satu Agensi Pelancongan Dalam Talian (OTA) terkemuka di rantau ini, menganjurkan SUPER Travel Fest buat pertama kalinya secara serantau dengan penyertaan lebih 700 syarikat penerbangan antarabangsa yang terbang ke lebih 3,000 destinasi dan mempromosikan 200,000 hotel di seluruh ASEAN pada platform perjalanannya selama seminggu.

Read More
airasia ride capai 1 juta penumpang, umum faedah baharu kepada para pemandunya

airasia Super App hari ini mencatatkan satu lagi kejayaan penting apabila rangkaian perkhidmatan e-hailing, airasia ride telah mencapai 1 juta penumpang dalam masa kurang daripada setahun sejak ia dilancarkan Ogos lalu.

Read More
AirAsia X rai penyambungan semula perkhidmatan ke/dari Korea Selatan dan India

AirAsia X (AAX) hari ini mengalu-alukan ketibaan penerbangan D7 505 dari Incheon (Seoul) ke Kuala Lumpur. Penerbangan tersebut menandakan penyambungan semula perkhidmatan mingguannya ke/dari Korea Selatan selepas dua tahun, yang disambut dengan pancuran air setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).

Read More
Capital A seru pelonggaran lanjut sekatan perjalanan untuk merangsang perjalanan udara dan menyokong pemulihan ekonomi global

Sempena pembukaan semula sempadan dunia secara beransur-ansur seiring dengan kadar vaksinasi yang tinggi, pihak pengurusan Capital A (syarikat induk AirAsia Aviation Group), menyeru kerajaan di seluruh Asia untuk melonggarkan lagi sekatan perjalanan untuk memulihkan ekonomi global.

Read More
AirAsia Aviation Group bekerjasama dengan Century Medical Centre (CMC) Medijaya dan Pathlab tingkatkan kemudahan ujian kesihatan di Gateway

Berikutan sempadan antarabangsa yang telah dibuka dan peningkatan perjalanan udara global, AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Century Medical Centre (CMC) Medijaya, disokong oleh PATHLAB, penyedia perkhidmatan ujian perubatan terkemuka, bagi mempertingkatkan perkhidmatan saringan Covid-19 di hab terbesar syarikat penerbangan itu di Gateway.

Read More
Capital A sedia tawaran perjalanan dan gaya hidup berpatutan dan mudah kepada anggota Koperasi Polis melalui airasia Super App

Capital A Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group Berhad), syarikat pegangan pelaburan untuk kumpulan syarikat penerbangan AirAsia, airasia Super App, BigPay, Teleport dan Redbeat Ventures memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan KOP Mantap Berhad, anak syarikat milik penuh Koperasi PDRM untuk meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua pihak.

Read More
AirAsia bersedia rancakkan penerbangan dengan pembukaan semula sempadan negara

AirAsia mengalu-alukan pengumuman kerajaan Malaysia untuk membuka sepenuhnya sempadan antarabangsa pada 1 April dan bersedia untuk kembali lebih kuat dan terus merancakkan industri penerbangan.

Read More
AirAsia tawar promosi terhebat sempena pembukaan sempadan Malaysia

Sempena meraikan pembukaan semula sempadan Malaysia pada 1 April 2022, AirAsia menawarkan promosi hebat untuk semua tempat duduk penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), AirAsia X (kod penerbangan D7), dan syarikat penerbangan lain yang tersedia di airasia Super App!

Read More