Posts in Bahasa Malaysia
AirAsia Academy dan Carsome jalin kerjasama merapatkan jurang bakat teknologi untuk wanita melalui kempen #RatuTech

AirAsia Academy, cabang pendidikan RedBeat Capital di bawah Capital A Berhad baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat unikorn teknologi dan automotif terkemuka di Malaysia, Carsome untuk membangunkan kemahiran teknologi yang boleh dipasarkan untuk golongan wanita yang kurang berkemampuan melalui kempen #RatuTech. Kempen ini bukan sahaja menggalakkan para wanita untuk mengasah kemahiran yang boleh dipasarkan, malah mengembangkan peluang ekonomi mereka, mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan, memperkukuh jaringan perhubungan, berkembang secara individu dan memperoleh manfaat melalui teknologi.

Read More
airasia travelmall tingkatkan pengalaman beli-belah bebas cukai dalam talian dengan ciri yang lebih baik dan pilihan yang lebih luas

Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa di seluruh rantau ini, sebahagian besar penerbangan antarabangsa AirAsia kini beransur ke tahap pra-pandemik dan platform beli-belah bebas cukai dalam talian syarikat, airasia travelmall di airasia Super App ingin tawarkan lebih fleksibiliti dan kemudahan dengan ciri pra-tempah beli-belah bebas cukai di peringkat antarabangsa dan tempatan.

Read More
airasia Super App lancar ciri e-dompet gelung tertutup baharu untuk pengalaman pembayaran dalam aplikasi yang lebih lancar

airasia Super App hari ini mengumumkan satu lagi ciri baharu pada aplikasinya iaitu airasia pocket, satu ciri dompet elektronik (e-dompet) pada aplikasi super tersebut yang membolehkan para penggunanya untuk mengisi semula baki dan membuat pembayaran untuk semua produk dan perkhidmatan yang tersedia pada aplikasi itu di samping berpeluang untuk mendapat ganjaran.

Read More
AirAsia bakal kurangkan 221 tan pelepasan CO₂ bagi setiap pesawat pada setiap setahun melalui penyelesaian Operasi Penerbangan baharu

AirAsia bakal melaksanakan inisiatif yang inovatif melalui pemasangan perisian Descent Profile Optimiser (DPO) pada pesawat A320ceo bermula pada bulan Jun sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada Ahad ini. Inisiatif ini bukan sahaja akan membantu menjana penjimatan bahan api malah mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO₂) dengan ketara.

Read More