Posts in Bahasa Malaysia
airasia Superapp bekerjasama dengan Resorts World Genting untuk menawarkan tawaran terbaik di tempat peranginan tanah tinggi dan pantai!

Resort World Genting dan airasia Superapp mengajak orang ramai yang berniat untuk bercuti untuk bersiap sedia dengan tawaran diskaun 15% untuk percutian di kawasan tanah tinggi yang menyejukkan di Resorts World Awana, atau bercuti dan bersantai di pantai di Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi.

Read More
AirAsia terus dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 202

Kumpulan syarikat penerbangan AirAsia termasuk AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Filipina dan kumpulan syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X Malaysia dan AirAsia X Thailand telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia oleh AirlineRatings.com pada Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan tahunannya.

Read More
ADE lancar AEROTRADE & ELEVADE FLEET, rintis inovasi dalam Sistem Perolehan Bahagian Pesawat dan Pengurusan Holistik Baikpulih Pesawat di Asia

Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat Capital A Berhad bagi kejuruteraan dan baik pulih pesawat, hari ini mengumumkan pelancaran dua produk penyelesaian digital terbaharunya, AEROTRADE dan ELEVADE FLEET, yang bakal merevolusikan landskap perolehan bahagian pesawat serta pengurusan holistik baikpulih pesawat di Asia. Kedua-dua platform inovatif ini direka bertujuan untuk menyelaraskan operasi, meningkatkan kecekapan serta meningkatkan prestasi keseluruhan industri penerbangan.

Read More
AirAsia X rancang kumpul dana sehingga RM50 juta melalui cadangan penempatan saham dengan pelabur institusi

AirAsia X Berhad (“AirAsia X” atau “Syarikat”) telah mengumumkan rancangannya untuk mengadakan cadangan penempatan saham (“Cadangan Penempatan”) dengan dua pelabur institusi, yang mana salah satu daripadanya adalah institusi pelabur tempatan, yang berpotensi untuk mengumpul sehingga RM50 juta modal baharu.

Read More
airasia Superapp diiktiraf sebagai salah satu Jenama Majikan Terbaik di Malaysia oleh Kongres Pembangunan Sumber Manusia Sedunia 2023

Sejurus selepas menerima Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia untuk  aplikasi pengaturcaraan antara muka(API) - kategori Syarikat Penerbangan, airasia Superapp sekali lagi membuktikan kecemerlangannya, kali ini sebagai majikan semasa Anugerah Jenama Majikan Terbaik Malaysia 2023. Dihoskan oleh Kongres HRD dan dianjurkan oleh Institut Penjenamaan Majikan, airasia Superapp membawa pulang Jenama Majikan Terbaik di bawah Digital (Penerbitan Internet) semasa acara tersebut.

Read More
airasia Superapp rasmikan Perjanjian Perkongsian bersama Swiss-Belhotel International

airasia Superapp telah merasmikan Perjanjian Perkongsian dengan Swiss-Belhotel International, salah satu kumpulan pengurusan hotel yang paling pesat berkembang di dunia. Melalui majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Swiss-Belresort Watu Jimbar Bali, perkongsian ini telah mengukuhkan kedudukan airasia Superapp sebagai platform pelancongan di Asia Tenggara, dengan menyediakan akses kepada lebih 125 hartanah Swiss-belhotel International yang tersebar di 19 negara.

Read More
airasia rewards menangi anugerah di Malaysia Techology Excellence Awards

Program kesetiaan gaya hidup termuka di Asean, airasia rewards membawa pulang satu Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia di acara Malaysia Technology Excellence Awards untuk aplikasi pemprograman pengantaramuka (API) bagi kategori syarikat penerbangan yang berjaya memperkenalkan platform penukaran mata ganjaran kesetiaan yang dikenali sebagai airasia xchange sewaktu landskap ekonomi yang sangat mencabar ketika pandemik yang melanda seluruh dunia.

Read More