Posts in Bahasa Malaysia
airasia Superapp raih kemenangan buat julung kalinya bagi kategori Ejen Pelancongan Dalam Talian Terbaik di Asia 2023

airasia Superapp baru sahaja dinobatkan sebagai Ejen Dalam Talian Terbaik di Asia semasa di acara terkemuka dunia, World Travel Awards (Asia) dengan hanya penyertaannya yang pertama. Ini sekali gus membuktikan segala usaha kami dalam menyediakan nilai serta kemudahan buat kesemua pengembara sejajar dengan matlamat kami untuk menjadi aplikasi unggul dia rantau ini.

Read More
AirAsia dan airasia Superapp rangkul anugerah utama di World Travel Awards Asia 2023

AirAsia meneruskan kemenangan dan kecemerlanganya di anugerah World Travel Awards Asia 2023 pada tahun ini dengan merangkul dua anugerah utama iaitu “Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia” untuk tahun kelapan berturut-turut dan “Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia” untuk tahun ketujuh berturut-turut.

Read More
AirAsia sambut penerbangan dari Hong Kong ke Pulau Pinang, laluan terus antarabangsa ketujuh ke pulau itu

AirAsia meraikan perkhidmatan penerbangan yang disambung semula dari Hong Kong ke Pulau Pinang hari ini dengan sambutan meriah. Laluan dengan kekerapan tiga kali seminggu ini menandakan kejayaan penting bagi AirAsia kerana ia menjadikannya satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah yang menawarkan sambungan terus antara kedua-dua buah bandar yang popular ini.

Read More
Capital A jalin kerjasama bersama UnionDigital Bank

Capital A menjalin kerjasama dengan UnionDigital Bank, anak syarikat bank digital Union Bank of the Philippines, melibatkan tiga anak syarikat utama, iaitu AirAsia, airasia Superapp dan BigPay. Kerjasama ini telah diumumkan pada sidang media mesyuarat Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) di Cebu pada Ahad, dihadiri oleh pemimpin industri dan penggubal dasar.

Read More
ADE, UPSI jalin kerjasama bagi memacu perkembangan Metaverse, AI, dan Robotik dalam industri penerbangan

Asia Digital Engineering, cabang kejuruteraan dan baik pulih Capital A, telah menandatangani sebuah Surat Hasrat dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memulakan kerjasama penyelidikan dalam bidang Metaverse, Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik. Kerjasama strategik ini bakal menghimpunkan kepakaran digital ADE dalam industri penerbagan dan keupayaan UPSI sebagai perintis kemahiran pembelajaran efektif yang bakal membawa lebih banyak kemajuan terhadap industri penerbangan. Bersama-sama ADE adalah syarikat-syarikat seperti Microsoft dan syarikat teknologi terkenal lain yang menjalin kerjasama masing-masing dengan UPSI

Read More