HTS (Hopper Technology Solutions) dan AirAsia MOVE (dahulunya airasia Superapp) mengumumkan kerjasama untuk menyepadukan sokongan fintech daripada HTS ke dalam saluran digital AirAsia MOVE. Dilancarkan pada tahun ini, AirAsia MOVE akan menawarkan Cancel for Any Reason yang dikuasakan oleh HTS kepada pengembara atau pelancong yang menempah tambang yang tidak boleh dikembalikan pada aplikasi AirAsia MOVE dan di airasia.com.
Read MoreCapital A Berhad (“Capital A”), (Bursa Saham Kuala Lumpur: 5099.KL), hari ini mengumumkan bahawa ia telah memuktamadkan perjanjian gabungan perniagaan bersama Aetherium Acquisition Corp (Nasdaq: GMFI), sebuah Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas ("SPAC"), untuk menyenaraikan Capital A International ("CAPI") di pasaran saham di Amerika Syarikat. CAPI akan memanfaatkan pengembangan, pengurusan, dan pelesenan jenama AirAsia dan berfungsi sebagai pemangkin pemasaran global dinamik bagi jenama-jenama Asean. Transaksi ini juga akan membuka peluang kepada para pelabur untuk mengambil bahagian dalam salah sebuah hab ekonomi yang sedang berkembang pesat yang dijangka akan menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Read MoreAirAsia terus menjadikan perjalanan udara lebih lancar dan berpatutan antara Malaysia dan India dengan 14 laluan sebagai kumpulan dan merancang untuk mengembangkan rangkaiannya di seluruh India.
Read MoreAirAsia Drone, anak syarikat milik penuh Capital A Berhad dan SRI College Malaysia, sebuah institusi pendidikan pengurusan swasta terkemuka hari ini telah mengumumkan kerjasamanya untuk menawarkan program pengendalian dron dalam usahanya untuk memajukan industri dron di Malaysia.
Read MorePlatform gaya hidup mesra Muslim Capital A, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) membuat pengagihan fidyah terbesar dengan sejumlah 1,000 kampit beras fidyah kepada para penerima di sekitar Perlis.
Read MoreAirAsia MOVE, dahulunya dikenali sebagai airasia Superapp, hari ini memperkenalkan rupa ikon aplikasinya yang dikemas kini dan diperbaharui di App Store (iOS) dan Play Store (Android).
Read MoreHanya tinggal tiga hari sahaja lagi untuk kempen Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia, dan syarikat penerbangan ini telah menambah satu juta tempat duduk promosi berikutan peningkatan permintaan daripada penegmbarag di seluruh rantau ini.
Read MoreAirAsia hari ini mengumumkan rancangan pelancaran kumpulan syarikat penerbangan dengan rangkaian tambang rendah pertama dunia. Rancangan ini memanfaatkan strategi pelbagai hab uniknya yang telah dibina selama 22 tahun melalui syarikat penerbangannya di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja tidak lama lagi.
Read MorePenumpang di Lembah Klang yang ingin memulakan perjalanan seterusnya menaiki perkhidmatan kereta api LRT kini boleh melakukan perjalanan ke dan dari stesen kereta api mereka dengan pilihan berpatutan yang menawarkan penjimatan lebih besar melalui AirAsia Ride, platform e-hailing AirAsia MOVE.
Read MoreAirAsia hari ini meraikan penerbangan sulung dari bandar selatan India iaitu Thiruvananthapuram, menjadikannya laluan terus kedua syarikat penerbangan ini ke negeri Kerala selain Kochi.
Read MoreSempena sambutan Tahun Baru Cina, AirAsia meraikan penerbangan pertamanya dari Kota Kinabalu ke Shanghai dengan muatan penumpang 100 peratus, sekaligus mencatat kejayaan pertama pada Tahun Naga ini.
Read MoreCapital A disenaraikan di kalangan peneraju utama dalam penarafan kelestarian di peringkat global sejurus pelaksanaan semula strategi kelestariannya. Ia memfokuskan kepada usaha di seluruh kumpulan dalam penilaian risiko dan komunikasi yang lebih efektif dengan pihak berkepentingan.
Read MoreSempena meraikan sambutan dua dekad perkhidmatan AirAsia di Singapura baru-baru ini, syarikat penerbangan ini bersedia untuk meningkatkan pengalaman perjalanan para tetamu dengan menghubungkan Kota Singa ke 12 bandar di India melalui perkhidmatan sambungan penerbangan Fly-Thru.
Read MoreAirAsia melancarkan promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi.