Kumpulan syarikat penerbangan AirAsia termasuk AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Filipina dan kumpulan syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X Malaysia dan AirAsia X Thailand telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia oleh AirlineRatings.com pada Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan tahunannya.
Read MoreAsia Digital Engineering (ADE), anak syarikat Capital A Berhad bagi kejuruteraan dan baik pulih pesawat, hari ini mengumumkan pelancaran dua produk penyelesaian digital terbaharunya, AEROTRADE dan ELEVADE FLEET, yang bakal merevolusikan landskap perolehan bahagian pesawat serta pengurusan holistik baikpulih pesawat di Asia. Kedua-dua platform inovatif ini direka bertujuan untuk menyelaraskan operasi, meningkatkan kecekapan serta meningkatkan prestasi keseluruhan industri penerbangan.
Read MoreAirAsia X Berhad (“AirAsia X” atau “Syarikat”) telah mengumumkan rancangannya untuk mengadakan cadangan penempatan saham (“Cadangan Penempatan”) dengan dua pelabur institusi, yang mana salah satu daripadanya adalah institusi pelabur tempatan, yang berpotensi untuk mengumpul sehingga RM50 juta modal baharu.
Read MoreJualan terbesar airasia Superapp, airasia Super App Super Sale kembali untuk bulan ini dengan tawaran menarik untuk semua orang dari 22 - 28 Mei 2023, dengan peluang memenangi hadiah utama HUAWEI P60 Pro.
Sejurus selepas menerima Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia untuk aplikasi pengaturcaraan antara muka(API) - kategori Syarikat Penerbangan, airasia Superapp sekali lagi membuktikan kecemerlangannya, kali ini sebagai majikan semasa Anugerah Jenama Majikan Terbaik Malaysia 2023. Dihoskan oleh Kongres HRD dan dianjurkan oleh Institut Penjenamaan Majikan, airasia Superapp membawa pulang Jenama Majikan Terbaik di bawah Digital (Penerbitan Internet) semasa acara tersebut.
Read Moreairasia Superapp telah merasmikan Perjanjian Perkongsian dengan Swiss-Belhotel International, salah satu kumpulan pengurusan hotel yang paling pesat berkembang di dunia. Melalui majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Swiss-Belresort Watu Jimbar Bali, perkongsian ini telah mengukuhkan kedudukan airasia Superapp sebagai platform pelancongan di Asia Tenggara, dengan menyediakan akses kepada lebih 125 hartanah Swiss-belhotel International yang tersebar di 19 negara.
Read MoreAirAsia Malaysia (AK) hari ini meraikan penerbangan pertamanya dari Kuala Lumpur ke Kertajati di Jawa Barat, Indonesia.
Read MoreDapatkan lebih penjimatan yang lebih hebat apabila anda menempah penerbangan AirAsia bersama penginapan hotel di airasia Superapp dengan tawaran terkini SNAP (Penerbangan + Hotel) yang anda boleh nikmati selama empat (4) minggu mulai minggu ini.
Read Moreairasia shop (formerly known as airasia travelmall), the online duty-free shopping platform by airasia Superapp, announced a partnership with leading global travel retailer Dufry today to expand its offerings and choices for customers.
Read MoreAirAsia mengumumkan penambahan tiga laluan baharu dari Kuala Lumpur ke wilayah selatan China, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai syarikat penerbangan asing terbesar yang menyediakan perkhidmatan di negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia.
Read Moreairasia Superapp dan foodpanda bersama-sama mengumumkan kerjasama inovatif yang menggabungkan kekuatan kedua-dua platform untuk menawarkan nilai yang lebih baik dan kemudahan yang untuk pengguna di Asean dan seterusnya.
Read MoreProgram kesetiaan gaya hidup termuka di Asean, airasia rewards membawa pulang satu Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia di acara Malaysia Technology Excellence Awards untuk aplikasi pemprograman pengantaramuka (API) bagi kategori syarikat penerbangan yang berjaya memperkenalkan platform penukaran mata ganjaran kesetiaan yang dikenali sebagai airasia xchange sewaktu landskap ekonomi yang sangat mencabar ketika pandemik yang melanda seluruh dunia.
Read MoreCapital A Berhad, syarikat induk bagi syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia iaitu AirAsia, hari ini mengumumkan sebuah entiti baharu, “airasia brand co.” (abc.), untuk memacu jangkauan serta impak jenama airasia di seluruh dunia. abc. yang bakal diketuai Rudy Khaw sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, sebagai Pengerusi, akan mengambil alih pemilikan semua portfolio Harta Inteleknya (IP), termasuk jenama dan tanda dagangan seluruh Kumpulan Capital A.
Read MoreAirAsia berbangga untuk menyokong kempen #BeyondTheGames di bawah Kesatuan Persekutuan Belia Kemboja (UYFC) dalam menyokong Kemboja menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara (SEA) 2023 akan datang.
Read More