Posts in Bahasa Malaysia
airasia Superapp diiktiraf sebagai salah satu Jenama Majikan Terbaik di Malaysia oleh Kongres Pembangunan Sumber Manusia Sedunia 2023

Sejurus selepas menerima Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia untuk  aplikasi pengaturcaraan antara muka(API) - kategori Syarikat Penerbangan, airasia Superapp sekali lagi membuktikan kecemerlangannya, kali ini sebagai majikan semasa Anugerah Jenama Majikan Terbaik Malaysia 2023. Dihoskan oleh Kongres HRD dan dianjurkan oleh Institut Penjenamaan Majikan, airasia Superapp membawa pulang Jenama Majikan Terbaik di bawah Digital (Penerbitan Internet) semasa acara tersebut.

Read More
airasia Superapp rasmikan Perjanjian Perkongsian bersama Swiss-Belhotel International

airasia Superapp telah merasmikan Perjanjian Perkongsian dengan Swiss-Belhotel International, salah satu kumpulan pengurusan hotel yang paling pesat berkembang di dunia. Melalui majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Swiss-Belresort Watu Jimbar Bali, perkongsian ini telah mengukuhkan kedudukan airasia Superapp sebagai platform pelancongan di Asia Tenggara, dengan menyediakan akses kepada lebih 125 hartanah Swiss-belhotel International yang tersebar di 19 negara.

Read More
airasia rewards menangi anugerah di Malaysia Techology Excellence Awards

Program kesetiaan gaya hidup termuka di Asean, airasia rewards membawa pulang satu Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia di acara Malaysia Technology Excellence Awards untuk aplikasi pemprograman pengantaramuka (API) bagi kategori syarikat penerbangan yang berjaya memperkenalkan platform penukaran mata ganjaran kesetiaan yang dikenali sebagai airasia xchange sewaktu landskap ekonomi yang sangat mencabar ketika pandemik yang melanda seluruh dunia.

Read More
Capital A lancar airasia brand co., lantik Ketua Pegawai Eksekutif untuk pacu perkembangan jenama di Asean dan dunia

Capital A Berhad, syarikat induk bagi syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia iaitu AirAsia, hari ini mengumumkan sebuah entiti baharu, “airasia brand co.” (abc.), untuk memacu jangkauan serta impak jenama airasia di seluruh dunia. abc. yang bakal diketuai Rudy Khaw sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, sebagai Pengerusi, akan mengambil alih pemilikan semua portfolio Harta Inteleknya (IP), termasuk jenama dan tanda dagangan seluruh Kumpulan Capital A.

Read More
Asia Digital Engineering terima suntikan pelaburan AS$ 100 juta daripada OCP Asia bagi fasa pertumbuhan seterusnya

Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat Capital A Berhad bagi kejuruteraan dan baik pulih pesawat, hari ini mengumumkan ia telah menerima pelaburan berjumlah AS$100 juta daripada OCP Asia Ltd. yang akan digunakan untuk pembangunan serta pengoperasian kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawatnya di Sepang, Selangor. Pelaburan itu juga akan diperuntukkan untuk ADE mengembangkan perniagaannya ke pasaran luar negara, menunjukkan komitmen syarikat itu untuk mencapai pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang.

Read More
AirAsia galak penggunaan ciri-ciri tanpa sentuhan untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar

AirAsia terus menggalakkan penggunaan ciri-ciri tanpa sentuhan, termasuk daftar masuk kendiri dan pas masuk elektronik melalui airasia Superapp dan mesin daftar masuk bagasi kendiri. Syarikat penerbangan itu juga berharap lebih ramai tetamu akan memanfaatkan sistem pengecaman wajahnya iaitu FACES untuk pelepasan pra-keselamatan dan menaiki penerbangan domestik terpilih.

Read More