Posts in Bahasa Malaysia
Nasihat Perjalanan AirAsia sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Raya Haji

AirAsia ingin menasihatkan para tetamu yang akan melakukan perjalanan semasa musim perayaan akan datang iaitu Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Raya Haji dari 27 Mei hingga 9 Jun 2025 untuk merancang perjalanan dan tiba lebih awal di lapangan terbang bagi memastikan kelancaran proses perjalanan sepanjang tempoh puncak ini.

Read More
AirAsia rewards Jalin Kerjasama dengan Ocard untuk Tawarkan Lebih Banyak Cara Mengumpul Mata Ganjaran AirAsia

AirAsia rewards, program kesetiaan di bawah Capital A, kini telah berkerjasama dengan Ocard, sebuah platform perkongsian mata ganjaran merentas jenama di Malaysia dan Taiwan. Kerjasama ini membolehkan para ahli mengumpul mata ganjaran AirAsia dengan lebih mudah menerusi pembelian di lebih 1,000 perniagaan fizikal terpilih dalam pelbagai kategori termasuk makanan dan minuman, kesihatan dan kecantikan, seta lain-lain. 

Read More
AirAsia nasihatkan para tetamu untuk merancang perjalanan ke lapangan terbang susulan penutupan jalan sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Susulan pengumuman daripada Polis Diraja Malaysia berkenaan penutupan jalan dan lencongan lalu lintas semasa Sidang Kemuncak ASEAN dan latihan awal, AirAsia menasihatkan para  tetamu yang akan berlepas atau tiba di KLIA T2 antara 21 Mei 2025 hingga 28 Mei 2025 untuk merancang perjalanan mereka ke lapangan terbang dan menggunakan perkhidmatan alternatif seperti Express Rail Link (KLIA Ekspres/KLIA Transit).

Read More
AirAsia perkasa jenama tempatan dengan kerjasama pertama seumpamanya dengan Hausboom

AirAsia bekerjasama dengan jenama minuman berkarbonat tempatan iaitu Hausboom buat pertama kalinya di mana sebuah syarikat penerbangan tempatan mencipta siri minuman yang diinspirasikan daripada rangkaian destinasi penerbangannya. Kerjasama ini menggabungkan dua jenama tempatan untuk menghubungkan rakyat Malaysia.

Read More
Royal Brunei Airlines Melakar Langkah Baharu bersama AirAsia MOVE

Royal Brunei Airlines, syarikat penerbangan kebangsaan Brunei Darussalam kini menjadi rakan penerbangan langsung terbaharu di platform AirAsia MOVE, membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak rangkaian destinasi merentasi Asia, Timur Tengah, Australia dan United Kingdom. Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memudahkan perjalanan dan memperluaskan pilihan buat pelancong masa kini.

Read More
AirAsia X rai ulang tahun pertama laluan Kuala Lumpur-Almaty dengan pengumuman peningkatan kekerapan penerbangan

AirAsia X (AAX) meraikan ulang tahun pertama laluan Kuala Lumpur-Almaty, menandakan kejayaan dalam menghubungkan Asia Tenggara dengan Asia Tengah. Bagi memenuhi peningkatan permintaan, syarikat penerbangan ini telah menambah kekerapan penerbangan antara Malaysia dan Kazakhstan kepada lima penerbangan mingguan menawarkan hampir 77,000 tempat duduk untuk suku tahun seterusnya.

Read More
Lembaga Pelancongan Singapura (Singapore Tourism Board) dan AirAsia MOVE Jalin Kerjasama Strategik untuk Meningkatkan Pelancongan ke Singapura

Lembaga Pelancongan Singapura (Singapore Tourism Board, STB) dan AirAsia MOVE telah memeterai satu kerjasama strategik bagi memperkaya pengalaman pelancongan ke Singapura, khususnya dalam kalangan pasaran utama Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand. Kerjasama ini dimuktamadkan melalui pemeteraian Surat Kerjasama (Letter of Cooperation, LOC) pada 17 April 2025.

Read More