AirAsia dengan bangganya menyertai ribuan rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia di acara budaya tahunan yang dinanti-nantikan, Keretapi Sarong 2025, anjuran LOCCO Malaysia.
Read MoreAirAsia (kod penerbangan AK) hari ini melancarkan dua laluan terus ke Pontianak, Indonesia yang menghubungkan wilayah Kalimantan Barat dengan Kuala Lumpur dan Kuching di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan dengan rangkaian terluas antara Malaysia dan Indonesia, serta menegaskan komitmennya untuk memperkukuh kesalinghubungan serantau dan pertumbuhan ekonomi bersama.
Read MoreAirAsia menasihatkan para tetamu antarabangsa yang tiba di Indonesia untuk melengkapkan borang ketibaan “All Indonesia” dalam tempoh tiga (3) hari sebelum ketibaan, sama ada melalui laman web allindonesia.imigrasi.go.id atau aplikasi mudah alih All Indonesia yang boleh dimuat turun melalui App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).
Read MoreDengan keunikan pesona Portugis dan sentuhan Eropah, Macau membawa pelbagai pengalaman unik dalam satu destinasi. AirAsia MOVE (MOVE) kini bekerjasama dengan Air Macau, sebagai rakan penerbangan rasmi di platform MOVE. Kerjasama ini bukan sahaja membuka lebih banyak pilihan perjalanan ke destinasi menarik di Macau, Tanah Besar China dan seluruh Asia, sekali gus memudahkan perancangan perjalanan yang lebih lancar untuk para pengembara, malah turut menyokong sasaran pelancongan Macau untuk menarik 39 juta pelawat menjelang tahun 2025.
Read MoreAirAsia hari ini mencatatkan satu pencapaian penting dalam pengembangan rangkaian serantau dengan melancarkan Cebu sebagai hab baharu di Filipina. Pelancaran ini membuktikan komitmen syarikat penerbangan itu terhadap pertumbuhan dan kesalinghubungan di seluruh Asean.
Read MoreAirAsia Malaysia (AK) telah memulakan perkhidmatan Kuala Lumpur–Semarang, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah asing terbesar yang beroperasi di Indonesia dengan rangkaian antarabangsa terluas ke negara tersebut.
Read MoreAirAsia menggalakkan para tetamu yang melakukan perjalanan semasa minggu sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 untuk membuat perancangan awal bagi memastikan perjalanan lebih lancar.
Read MoreIkhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menawarkan pakej kembara Muslim terbaru termasuk Umrah Plus dengan itinerari lengkap (full-board) pada harga mampu milik ke Türkiye dan Uzbekistan serendah RM4,990, dengan kerjasama AirAsia X (AAX) di AirAsia Travel Fair (AATF) 2025.
Read MoreAirAsia hari ini melancarkan AirAsia Travel Fair 2025, sebuah acara pelancongan inovatif yang menghimpunkan para pengembara, ejen pelancongan, lembaga pelancongan dan rakan industri buat julung kalinya di bawah satu bumbung
Read MoreAirAsia X (AAX) sekali lagi meraih anugerah berprestij Syarikat Penerbangan Antarabangsa Terbaik Tahunan di Australian Aviation Awards 2025, menandakan kemenangannya dua tahun berturut-turut dan memperkukuh lagi kehadirannya yang semakin berkembang di Australia.
Read MoreAirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) meraikan penerbangan pertama dari Kota Kinabalu ke Fukuoka melalui Taipei hari ini. Penerbangan pertama dari Taipei ke Fukuoka mencatatkan faktor muatan 100 peratus, manakala penerbangan ke Taipei mencatat faktor muatan lebih 80 peratus, menandakan laluan pertama syarikat penerbangan itu ke pasaran Jepun.
Read MoreAirAsia X (AAX) meneruskan fasa pertumbuhan seterusnya dengan pengumuman laluan yang dinanti-nantikan ke Istanbul, Türkiye. Pelancong dari Singapura kini boleh terbang ke Türkiye dengan kemudahan sambungan Fly-Thru dengan lancar melalui Kuala Lumpur.
Read MoreAirAsia X (AAX) terus terbang tinggi dengan pelancaran laluan baharu yang dinanti-nantikan ke Istanbul, Türkiye. Perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur dan Istanbul ini akan bermula pada 14 November 2025 dengan empat penerbangan mingguan sekali gus menandakan satu lagi langkah penting dalam pengembangan rangkaian global AAX.
Read MoreCuti sekolah kali ini jadi lebih berbaloi! AirAsia rewards dan PETRONAS Mesra Rewards bergabung tenaga melancarkan kempen baharu yang menarik: Tukarkan Mata Ganjaran Anda kepada Keriangan Cuti Sekolah!, berlangsung dari sekarang hingga 31 Ogos 2025.
Read MoreSempena ulang tahun ke-58 ASEAN, MOVE, platform pelancongan terkemuka Asia Tenggara, memperkenalkan “Discover Asean”, sebuah laman mikro bersepadu yang dibangunkan bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan di rantau ini dengan lebih berpatutan dan lancar. Dilancarkan dengan kerjasama Persatuan Pelancongan ASEAN (ASEANTA), inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh integrasi dan kesalinghubungan pelancongan serantau melalui pendekatan digital sebagai keutamaan.
Read More